suria

Warna-Warni KL2017, Sabtu

BERIKUT adalah gambar-gambar suasana Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang berlangsung Sabtu:

MENANG GANGSA… Atlet Marathon Negara Muhaizar Mohamed menunjukkan pingat Gangsa pada Temasya Sukan SEA (KL2017). Muhaizar mencatatkan masa 2:31:52. - fotoBERNAMA

Pemain Malaysia Dayang Manggie (kanan) menyekat kemaraan pemain Singapura Ow Yong Yu Xiu (kiri) pada perlawanan ragbi 7 sebelah wanita diantara pasukan Malaysia dengan pasukan Singapura. - fotoBERNAMA

Pelumba-pelumba Sukan Sea 2017 negara sedang menjalani sesi latihan rasmi 51KM Ujian Masa Berpasukan. - fotoBERNAMA

Tabal Mary Joy Reyes memenangi pingat emas pertama bagi Filipina dalam acara Marathon Wanita.- fotoBERNAMA

Pegawai veterinar membuat pemeriksaan terakhir terhadap kecergasan seekor kuda atlet dari Kamboja di Terengganu International Endurance Park.- fotoBERNAMA

Walaupun hujan peminat sukan negara mula membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil, untuk menyaksikan acara Pembukaan Rasmi Temasya Sukan SEA ke-29 KL2017 malam Sabtu. --fotoBERNAMA

MANIS SENYUMAN...penyokong Malaysia hadir menunjukkan sokongan di Bukit Jalil sebelum acara pembukaan Sukan SEA ke-29 KL2017 berlangsung.

Seorang lagi penyokong Malaysia hadir dengan berpakaian badut untuk menunjukkan sokongan di Bukit Jalil sebelum acara pembukaan Sukan SEA ke-29 KL2017 berlangsung.

Persembahan bunga api sempena acara pembukaan Sukan SEA ke-29 KL2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

RIMAU terbang tinggi pada acara pembukaan Sukan SEA ke-29 KL2017.

Kontinjen negara berarak pada acara pembukaan Sukan SEA ke-29 KL2017.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bertitah merasmikan Pembukaan Sukan SEA ke 29 KL2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam Sabtu. Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan). - fotoBERNAMA

Sukan Sea 2017

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Bangkit Bersama KL2017

Artikel Lain