suria

Bangkit Bersama KL2017

KEGHAIRAHAN sambutan Sukan SEA (KL2017) ternyata bukan sahaja dirasai kontinjen negara.

Sebaliknya kehadiran ribuan rakyat Malaysia terbukti ke Stadium Nasional Bukit Jalil di Bandar Sukan Kuala Lumpur jelas membuktikan semangat 'Bangkit Bersama'.

Tambah meriah lagi apabila pelbagai aktiviti disediakan seperti permainan mini golf, lapangan skateboard, pertunjukan mini buskers dan gerai jualan barangan KL2017 khusus untuk peminat sukan tanahair.

Antara pengunjung yang hadir bukan sahaja dari sekitar Lembah Klang.

Nur Afifah Mohd Zainudin yang hadir bersama keluarganya mengakui begitu teruja untuk hadir ke stadium menyaksikan acara pembukaan rasmi KL2017 malam ini.

"Belum tahu bila lagi Malaysia akan menganjurkan Sukan SEA ini, jadi kami memang merancang untuk hadir pada pembukaan ini.

"Awal-awal lagi tiket dah dibeli secara online," ujarnya kepada mStar Online.


Nur Afifah (dua kanan) bersama keluarganya.

Dalam pada itu Nur Afifah memberitahu, terdapat aktiviti yang disediakan di stadium ini sekaligus menambahkan kemeriahan sebelum pembukaan rasmi.

"Orang ramai datang awal untuk elak kesesakan. Malah terdapat juga pengunjung dari negara-negara lain.

"Suasana cukup meriah," ujarnya.

Dalam masa sama Nur Afifah memberitahu dia dan keluarganya menyokong pasukan bola sepak negara pada KL2017 ini.

"Saya harap mereka boleh raih emas," tambahnya.

Pintu stadium akan mula dibuka pada pukul 6 petang.

Artikel Sebelum

Warna-Warni KL2017, Sabtu

Artikel Berikut

Artikel Lain