KUALA LUMPUR: Gimnas wanita negara meraih emas dalam acara berpasukan pada Sukan SEA Kuala Lumpur Isnin malam. Nur Eli Ellina Azmi, Lavinia Michelle Raymund Jayadev, Tan Ing Yueh, Tracie Ang, Farah Ann Abdul Hadi dan Nur Azira Aziri mengulangi kejayaan Malaysia di Sukan SEA Singapura 2015 di tanah air sendiri di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MiTEC) di sini. Skuad negara mengumpul 200.950 mata mengatasi pesaing terdekat Singapura yang mendapat 190.050 mata menerusi Kelsie Yasmin Muir, Zeng Qiyan, Nadine Joy Nathan, Colette Chan Wan Xuan, Tan Sze En dan Togawa Mei. Indonesia yang diwakili Armartiani, Rifda Irfanaluthfi, Tazsa Miranda Devira and Amalia Fauziah Nurun Nubuwah, mengumpul 186.850 mata. Enam negara - Vietnam, Indonesia, Malaysia, Thailand, Filipina dan Singapura mengambil bahagian dalam acara berpasukan yang mana gimnas mendapat mata menerusi melombol, palang bertingkat, titian imbangan dan rutin senam lantai. Jurulatih gimnastik artisitik wanita negara, Ng Shu Wai berkata, ia adalah saat yang istimewa untuk beliau kerana darah, keringat dan air mata anak buahnya berlatih selama dua tahun lepas membuahkan hasil. "Kami sungguh gementar kerana ada antara anak buah saya mengalami kecederaan serius tetapi kami cuba yang terbaik, kami gembiara dengan apa yang kami capai malam ini dan berharap kami mampu mencapai lebih lagi dalam acara individu esok. Farah Ann pula berkata, beliau merasa gembira kerana pasukan negaatr berjaya mempertahankan emas dan mengharumkan nama negara. Sementara itu, Pengurus Pasukan Gmnastik Azmi Hassan berkata, beliau merasa amat gembira apabila anaknya Nur Eli Ellina menerima pingat emasnya daripada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. "Saya tidak dapat menyaksikan Eli mendapat pingat emas pertamanya di Singapura kerana ibunya terlantar sakit (menghidap kanser rahim) pada masa itu. Saya pasti arwah isteri saya akan merasa sungguh bangga dengan Eli jika dia di sisi saya sebentar tadi," katanya.