suria

Zul Bahrin Bolot Pingat

Zul Bahrin. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Gimnas negara, Zul Bahrin Mat Asri sekali lagi mengekalkan momentum terbaiknya pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) apabila meraih pingat perak menerusi acara senaman lantai.

Aksi penuh memukau di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarbangsa Malaysia (Mitec) di sini menyaksikan Zul Bahrin menamatkan acara itu dengan 13.750 mata.

Usaha gimnas dari Terengganu itu untuk merangkul pingat emas dinafikan Capellan Regland Yuson dari Filipina.

Zul Bahrain ketinggalan 0.2 mata di belakang Capellan yang juga pemenang pingat emas Sukan SEA di Singapura dua tahun lalu.

Pingat gangsa pula menjadi milik gimnas Thailand, Tikumporn Surintornta dengan mengumpul 13.600 mata.

Ia ada pingat perak kedua Zul Bahrain selepas memenangi pingat sama menerusi acara gimnastik artistik berpasukan lelaki.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain