suria

Warna-Warni KL2017, Khamis

Atlet negara Grace Wong Xiu Mei ketika beraksi dalam acara lontar tukul besi wanita Sukan SEA KL2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Khamis. Wong bukan sahaja menang emas tetapi juga memecahkan rekod kejohanan dengan lontaran 59.24 meter. fotoBERNAMA
BERIKUT adalah gambar-gambar suasana Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang berlangsung pada Khamis:

Peninju negara Muhammad Fuad Mohd Redzuan (kanan) yang memenangi pingat emas cuba mengelak tumbukan lawannya, Thani Narinram dari Thailand pada perlawanan akhir tinju kategori Light Fly (49kg) Sukan SEA KL2017 di MITEC, Kuala Lumpur, Khamis. fotoBERNAMA


Penembak negara Muhammad Ezuan Nasir Khan teruja selepas menang pingat emas 50m Rifle Prone sempena Sukan SEA KL (KL2017) di Lapang Sasar Kebangsaan Subang pada Khamis. fotoBERNAMA


Atlet Equestrian negara Nur Quzandria Mahamad Fathil bergambar bersama abangnya Mohd Qabil Ambak Mahamad Fathi selepas majlis penyampaian hadiah pada acara Equestrian Dressage individu pada Sukan SEA KL2017 di Pusat Equestrian 3Q, Rawang, Khamis. fotoBERNAMA 


Pelumba negara Mohd Shahrul Mat Amin dan isteri Natasha Ishak bergambar dengan pingat perak acara Lebuhraya Lepas Beramai-ramai Individu Lelaki pada Sukan SEA 2017 pada Khamis. fotoBERNAMA

KECEWA... Atlet menembak Nur Suryani Mohamed Taibi (kiri) kecewa apabila gagal memenangi sebarang pingat dalam acara Akhir "50M Rifle Prone Individu" Sukan SEA KL2017 di Lapang Sasar Kebangsaan Subang, Khamis. fotoBERNAMA

Pemain Badminton Negara terpaksa berpuas hati dengan pingat Perak selepas dikecewakan pasukan Thailand pada perlawanan akhir Badminton Berpasukan Wanita Sukan SEA KL2017 di Arena Axiata, Khamis. fotoBERNAMA 

KL2017

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain