suria

Ngong Ping 360 Tawar Pemandangan Memukau Pulau Lantau

PERCUTIAN ke Hong Kong tidak akan lengkap tanpa berkunjung ke Ngong Ping 360 di Pulau Lantau.

Menjadi salah satu tarikan utama, Ngong Ping 360 sangat sesuai untuk anda meneroka pemandangan keseluruhan Pulau Lantau dengan menaiki kereta kabel dari Tun Chung yang mengambil masa selama 25 minit.


Dengan memilih menaiki kereta kabel Crystal Cabin, anda dapat menikmati pemandangan laut dan kesuburan gunung hijau dari sudut pandangan mata burung, namun kereta kabel biasa juga tidak kurang hebatnya.

Keseronokan menaiki kereta kabel dan melawat Ngong Ping tidak terhenti begitu sahaja kerana selepas 25 minit, anda dapat pula berkunjung ke Ngong Ping Village yang berkeluasan 1.5 hektar.

Selain menawarkan pelbagai kedai dan restoran, termasuk makanan halal, kunjungan ke sini juga pasti memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan dengan adanya persembahan multimedia 'Walking with Buddha'.

Dari Ngong Ping Village, pengunjung boleh berjalan kaki ke Biara Po Lin, Ngong Ping Piazza dan Wisdom Path yang masing-masing mengambil masa hanya lima minit.

Jika mahu melihat keindahan matahari terbenam dari dalam kereta kabel, pastikan anda memilih waktu yang sesuai untuk balik semula ke Tung Chung.

Sekiranya anda merancang percutian ke Hong Kong, atau lebih khusus ke Ngong Ping 360, sila klik MUSLIMCUTI untuk menempah tiket atau pas masuk dengan tawaran harga menarik.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Nyaman Laksa Cik Pah Tok!

Artikel Lain