SEORANG atendan penerbangan telah mendedahkan salah satu misteri terbesar di atas kapal terbang - bilakah masa terbaik untuk pergi ke tandas semasa penerbangan? Penerbangan akan menimbulkan beberapa masalah apabila tandas pesawat perlu dikongsi dengan penumpang lain. Etika buruk dalam pesawat juga sering menimbulkan masalah ketika makanan dihidang dan ketika kerusi dibaringkan. Satu persoalan yang bermain di fikiran penumpang bilakah masa terbaik untuk menggunakan tandas pesawat semasa perjalanan. Seorang atendan penerbangan telah mendedahkan rahsia di sebalik penggunaan kemudahan itu untuk mengelakkan daripada mengganggu orang lain. Selepas juruterbang memberikan isyarat tali keledar dipadamkan antara waktu terbaik pergi ke tandas. - Foto Getty Atendan penerbangan, Erika Roth menjelaskan kepada Readers Digest bahawa masa terbaik untuk ke tandas adalah ketika pesawat berada 30,000 kaki di udara. Dia menerangkan bahawa masa terbaik itu juga ketika juruterbang baru sahaja memadamkan isyarat tali pinggang keledar, tetapi sebelum minuman dihidangkan. Penumpang lain tidak akan berebut untuk menggunakan tandas, kerana penerbangan baru sahaja berlepas dan dengan itu beratur panjang dapat dielakkan. Menunggu sebelum perkhidmatan minuman dihidang juga bermaksud tidak menghalang perjalanan troli di lorong. Ramai penumpang juga mungkin tidak selesa meninggalkan tandas selepas menggunakannya kerana ia berbau. Salah satu cara yang digunakan kru untuk menghilangkan bau busuk adalah dengan menuang kopi ke tandas atau menggunakan beg kopi granul. Etika penggunaan tandas dalam pesawat amat penting untuk keselesaan semua penumpang. - Foto Getty Ini kerana baunya cukup kuat untuk menutupi bau lain selain mampu membunuh bakteria. Jadi, sesiapa yang mendapati perutnya meragam dalam penerbangan, bawalah sedikit kopi ke tandas untuk menyahkan bau yang disebabkan oleh mereka sendiri. Jika ada yang terkunci di dalam tandas pula, mereka tidak perlu takut. Tanda di pintu tandas mempunyai selak rahsia yang boleh digunakan untuk membuka pintu dari luar. Atendan penerbangan menggunakan selak ini jika terdapat penumpang sakit atau pengsan semasa berada di dalam tandas. - expressUK