suria

12 Penerbangan Terbaik Asia

Qatar Airways menduduki senarai teratas untuk 2017.

SETIAP tahun, laman web pengguna penerbangan, Skytrax mengeluarkan senarai syarikat penerbangan terbaik di dunia.

Bagi tahun 2017, Qatar Airways menduduki tempat teratas untuk kali kedua dalam tempoh tiga tahun dan kali keempat dalam tujuh tahun terakhir.

Turut memasukkan syarikat penerbangan dari negara-negara Rim Pasifik, Asia Selatan dan Timur Tengah, syarikat pengangkutan dari benua Asia secara keseluruhannya telah menunjukkan prestasi yang sangat baik dalam ranking Skytrax, menduduki 12 daripada 20 tempat teratas.

Ranking Skytrax dibuat berdasarkan tanggapan 19.87 juta pelancong dari 105 negara yang berbeza.

Kaji selidik yang meliputi lebih daripada 325 syarikat penerbangan, menilai prosedur dari sebelum pelepasan, keselesaan kerusi sehinggalah kualiti perkhidmatan.

Berikut 12 syarikat penerbangan terbaik Asia:

12- Asiana

Sekali lagi, Asiana, dari Korea Selatan mendapat markah tinggi dari Skytrax untuk krew kabin, kebersihan, dan produk kelas ekonominya.

11- Japan Airlines

Pengangkutan udara Jepun ini adalah salah satu syarikat penerbangan paling dihormati di dunia. Penilai di Skytrax memuji syarikat penerbangan kedua terbesar di Jepun ini untuk perkhidmatan yang penuh perhatian, pelarasan kakitangan dan kabin yang selesa.

Bagi 2017, Japan Airlines memenangi anugerah untuk Tempat Duduk Penerbangan Kelas Ekonomi Terbaik.

10- Thai Airways


Thai Airways telah lama menjadi pemimpin industri dalam perkhidmatan yang berkualiti, jadi tidak mengejutkan apabila syarikat penerbangan nasional Thai ini berada dalam senarai. Walaupun produknya yang paling terkenal adalah perkhidmatan kelas pertama, penumpang mendapati kerusi ekonominya juga berkualiti tinggi. Penumpang juga memuji sikap mesra kru dan pilihan makan yang lazat.

Pada 2017, Thai Airways memenangi anugerah Kelas Ekonomi Terbaik Dunia, Katering Kelas Ekonomi Terbaik Dunia dan Kemudahan Spa Penerbangan Terbaik Dunia.

9- Garuda Indonesia

Garuda Indonesia telah mengalami perubahan dramatik dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Syarikat dari Indonesia ini telah melaksanakan pembaharuan pesawat dan langkah-langkah penambahbaikan perkhidmatan untuk mendapatkan semula kepercayaan penumpang dan pengendali keselamatan.

Pada 2017, atendan penerbangan Garuda membawa pulang anugerah untuk Krew Kabin Terbaik di Dunia untuk tahun kedua berturut-turut.

8- Hainan Airlines

Ditubuhkan pada tahun 1993, Hainan merupakan satu-satunya syarikat penerbangan China yang memegang penarafan lima bintang Skytrax. Dalam tempoh tiga tahun yang singkat, syarikat penerbangan itu melonjak dari tempat ke-22 ke kedudukan 10 terbaik. Hainan berkembang pesat di seluruh Asia, Eropah, dan Australia.

Penilai di Skytrax memuji syarikat penerbangan itu untuk perkhidmatan kelas perniagaannya.

Hainan juga memenangi anugerah untuk Syarikat Penerbangan Terbaik dan Perkhidmatan Kakitangan Penerbangan Terbaik di China.

7 - Etihad Airways



Etihad Airways, yang berpangkalan di Abu Dhabi, adalah syarikat penerbangan Emiriah Arab Bersatu dengan pesawat Airbus dan Boeingnya yang mengembara ke lebih kurang 100 destinasi. Syarikat penerbangan ini terkenal dengan penerbangan kelas pertama dan suit kelas perniagaannya yang mewah.

Pada tahun 2017, Etihad merangkul anugerah untuk Kelas Pertama Terbaik Dunia, Kerusi Kelas Pertama Terbaik dan Katering Kelas Pertama Terbaik pada tahun kedua berturut-turut.

6 - Eva Air

EVA Air dari Taiwan ditubuhkan pada tahun 1989 dan merupakan cabang dari gergasi kontena Evergreen Group. Syarikat yang berpangkalan di Taipei ini telah berkembang dengan pesat dalam dua dekad yang lalu dan kini mengendalikan sebuah pesawat besar Airbus dan Boeing. Syarikat penerbangan itu dipuji sebagai perintis kabin ekonomi premium.

EVA juga mendapat anugerah Kabin Penerbangan Paling Bersih Terbaik Dunia dan Kemudahan Keselesaan Kelas Perniagaan Terbaik.

5- Cathay Pacific Airways

Walaupun Cathay Pacific, yang berpusat di Hong Kong ini jatuh satu anak tangga dari tahun lepas, ia masih mengekalkan kedudukannya sebagai salah sebuah syarikat penerbangan paling dihormati dari negara Rim Pasifik. Dengan pesawat jet Boeing 777-300ER jarak jauh dan strategi perniagaan yang berpusat kepada tawaran penerbangan berkelajuan tinggi, Cathay merupakan salah satu pengalaman penerbangan terbaik di Asia.

Pengulas Skytrax memberikan markah yang tinggi untuk keselesaan kerusi, kualiti perkhidmatan dan hiburan dalam penerbangan.

4- Emirates


Sepanjang 30 tahun lalu, Emirates yang berpangkalan di Dubai telah berkembang menjadi salah satu pengangkutan jarak jauh utama dunia. Beroperasi secara eksklusif menerusi hab palatialnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, syarikat penerbangan itu menawarkan pesawat terbesar di dunia, superjumbo Airbus A380 dan jet lebar Boeing 777.

Sistem hiburan dalam penerbangan Emirates termasuk pelbagai pilihan pilihan video dan muzik apabila diminta dan juga televisyen dan acara sukan secara langsung dalam pesawat menarik perhatian penumpang.

Malah, Emirates telah membawa pulang penghargaan Skytrax untuk Hiburan Terbaik Dalam Penerbangan selama 13 tahun.

3- All Nippon Airways (ANA)

ANA terus maju ke arah kedudukan teratas. ANA adalah syarikat penerbangan antarabangsa terbesar di Jepun dan 'rumah' kepada salah satu pesawat Boeing 787 Dreamliners terbesar di dunia. ANA mendapat pujian yang tinggi dari pengulas Skytrax untuk kebersihan, perkhidmatan dan keselamatan.

Kebanyakan pesawatnya mempunyai ciri-ciri tempat duduk yang memberikan privasi keseluruhan, termasuk saluran USB walaupun dalam kelas ekonomi.

2- Singapore Airlines


Perkhidmatan menyerlah syarikat Singapura ini menjadikan perjalanan anda sangat menyenangkan yang mana para atendan penerbangan dilatih untuk melayan dan menghormati pelanggan sebaik mungkin. TV peribadi dengan banyak pilihan hiburan dan tuala panas yang diberikan sebelum berlepas antara beberapa faedah kelas ekonomi.

Berpangkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, ia adalah salah satu kemudahan terbaik di dunia dan telah dinamakan oleh Skytrax sebagai Lapangan Terbang Terbaik di Dunia lima tahun berturut-turut.

Syarikat penerbangan ini juga membawa pulang anugerah untuk Syarikat Penerbangan Terbaik di Asia, Kerusi Penerbangan Kelas Perniagaan Terbaik dan Katering Ekonomi Premium Terbaik.

1- Qatar Airways

Selepas jatuh ke tempat kedua tahun lepas, Qatar Airways kembali di tempat teratas untuk 2017.

Syarikat penerbangan yang berpangkalan di Doha itu menerima pujian daripada pengulas untuk keselesaan kerusi dan hiburan dalam penerbangan kedua terbaik. Syarikat penerbangan itu menghubungkan lebih 150 destinasi di seluruh dunia.

Qatar juga memenangi anugerah untuk Penerbangan Terbaik di Timur Tengah, Kelas Perniagaan Terbaik Dunia dan Lounge Penerbangan Kelas Pertama Terbaik. -BusinessInsider

penerbangan terbaik Asia

Artikel Sebelum

Melawat Kotor Yang Bersih

Artikel Lain