suria

Tiada lagi dilema, pesan Sizzling Combos dapat pilih 4 jenis daging lain!

SUKAR untuk buat keputusan ketika membuat tempahan makanan? Nak makan daging, tapi ayam pun nampak sedap.

Memang dilema betul bila mengalami situasi macam ini, bukan?

Jangan bimbang sebab NY Steak Shack ada tawarkan promosi Sizzling Combos untuk mereka yang mahu dua menu berbeza dalam satu hidangan.

Sizzling Combos ini mempunyai empat kombinasi daging yang dipadankan dengan stik 'strip loin' NY seperti 'Smoked Beef' (daging lembu salai), 'Beef Meatballs' (bebola daging lembu), 'Lamb Noisette' (daging kambing noisette) dan 'Southwest Chicken' (ayam).

NY Strip Loin & Soutwest Chicken ini berharga RM52.80.

Pilihan penulis sudah tentu stik 'strip loin' dan ayam kerana tertarik dengan persembahan hidangan itu.

Daging stik 'strip loin' yang diperap dengan rosemary, bawang putih dan minyak zaitun selama 12 jam membuatkan tekstur daging sangat empuk dan berjus.

Rahsia keempukan daging stik ini adalah disebabkan minyak zaitun yang digunakan. Ia membuatkan daging stik tidak kering.

Untuk ayam pula, ia diperap dengan paprika, bawang putih, serbuk bawang, jintan putih dan beberapa rempah lain untuk menaikkan aroma dan menjadikan dagingnya kelihatan kemerah-merahan apabila dipanggang.

Menu lain yang lazat seperti Lamb Cevapi juga ada ditawarkan, namun tidak termasuk dalam promosi Sizzling Combos.

Tambah menyelerakan apabila daging stik ditabur dengan bawang putih yang digoreng garing, memberikan rasa 'after taste' untuk diseimbangkan dengan rasa perapan daging.

Bagi mereka yang sukakan pedas, boleh tuangkan sos lada hitam untuk membangkitkan lagi deria rasa, sementara pilihan sos perang pula untuk mereka yang lebih gemarkan rasa rempah.

Promosi Sizzling Combos yang ditawarkan serendah RM48.80 ini boleh dinikmati sehingga 11 November depan.

Chef Adam Mah merupakan orang kuat di belakang jenama NY Steak Shack di Malaysia.

Seiring dengan promosi tersebut, NY Steak Shack juga memperkenalkan lima varian 'mocktail' seperti Pina Coco, padanan santan kelapa, jus dan potongan kecil nenas; Summer Fizz, padanan jus nenas dan oren serta 7UP; Sarsaparilla Splash dan ais krim vanilla; Strawberry lemonade dan Cranberry Cooler yang mengadunkan buah kranberi dan 7UP.

Kesemua mocktail itu dijual pada harga RM8.80 segelas.

Terdapat beberapa cawangan NY Steakshack yang boleh dikunjungi di sekitar Lembah Klang seperti Sunway Pyramid, 1 Utama, Subang Parade dan AEON Mall Shah Alam.

NY Steak Shack

Artikel Lain