MEREKA yang kerap menaiki pesawat pastinya sudah terbiasa dengan peraturan-peraturan yang ditetapkan sebelum, semasa dan selepas penerbangan. Namun kali ini mStar Online mahu kongsikan dengan anda, 11 rahsia mengenai penerbangan yang mungkin tidak diketahui ramai, memetik artikel dari Insider. 1. Topeng Oksigen Sebelum pesawat berlepas, anda sering diingatkan mengenai topeng oksigen oleh kru kabin sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini. Adakah anda tahu sebenarnya topeng oksigen hanya boleh bertahan selama 15 minit sahaja? Setiap pesawat sememangnya menyediakan topeng oksigen untuk penumpang. FOTO: Flight Delay Pay. Kedengaran menakutkan namun begitulah yang didedahkan oleh HuffPost. Pada kebiasaannya, topeng berkenaan berupaya mengepam oksigen sekitar 12 ke 15 minit sahaja. 2. Bunyi loceng Menurut posting blog oleh Qantas Airlines, bunyi seperti loceng yang kedengaran sewaktu anda berada dalam pesawat sebenarnya merupakan satu kod rahsia. Kru biasanya menggunakan bunyi loceng tersebut untuk berkomunikasi dalam kabin. Namun kadang-kala, ia juga digunakan untuk menyampaikan mesej kecemasan atau pertukaran haluan. 3. Meninggal dunia dalam penerbangan Biarpun kru dilengkapi dengan kemahiran perubatan sekiranya berlaku kecemasan, mereka masih tidak mempunyai kelayakan untuk mengesahkan kematian. Jadi, secara teknikalnya tidak wujud kematian dalam penerbangan kerana kematian seseorang penumpang hanya boleh disahkan selepas pesawat mendarat sahaja. 4. Jenazah di tempat duduk pesawat Sekiranya ada individu yang meninggal, biasanya mereka akan kekal di tempat duduk asal melainkan ada kerusi kosong di bahagian belakang. Hal ini kerana pesawat tidak mempunyai tempat khas untuk menempatkan jenazah. Biasanya, kerusi akan direbahkan dan jenazah akan ditutup dengan kain. 5. Tandas pesawat Tandas dalam pesawat biasanya boleh dibuka dari luar. Ia direka sebegitu bagi tujuan keselamatan. FOTO: Mashable. Biasanya terdapat kunci khas di sebalik tanda larangan merokok yang dilekatkan di pintu tandas. Ia direka sebegitu sebagai salah satu langkah keselamatan dalam pesawat. 6. Minuman Anda seharusnya berfikir dua kali sebelum memesan teh atau kopi dalam pesawat. Menurut uji kaji yang dijalankan oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar pada 2004 dan 2012, 1 daripada 10 pesawat yang wujud biasanya menyediakan minuman yang mengandungi coliform, bakteria yang biasanya ditemui dalam najis manusia. Biarpun tidak bahaya, ia sekali gus menandakan kehadiran mikro organisma lain seperti E. coli. 7. Bayaran pembantu penerbangan Petugas dalam pesawat tidak akan dikira waktu kerja dan pembayaran mereka selagi pintu pesawat tidak ditutup. Mereka hanya dibayar sewaktu berada dalam pesawat sahaja. FOTO: AeroProfessional Maknanya, mereka juga tidak lagi akan dibayar selepas pintu pesawat dibuka, lapor The Points Guy. Secara ringkasnya, mereka hanya akan dibayar mengikut waktu kerja sewaktu penerbangan sahaja. 8. Kuasa kapten Mengikut peraturan persekutuan yang dikenali sebagai Pilot in Command (PIC), ia memberi kuasa tanpa had kepada kapten sewaktu berada dalam pesawat. Dengan PIC, kapten boleh menahan mana-mana penumpang, mengeluarkan saman dan menghalang penumpang yang kelihatan sakit daripada menaiki pesawat. 9. Pas penerbangan Nampak seperti biasa sahaja namun kandungan yang tertera di pas penerbangan anda sebenarnya mengandungi banyak maklumat tersembunyi. 10. Meja dalam pesawat Sekiranya anda memesan makanan dalam pesawat, anda pastinya akan menggunakan meja yang dilekatkan di bahagian belakang kerusi hadapan. Aspek kebersihan yang sering kali dipandang enteng oleh penumpang. FOTO: Par-Avion Namun tahukah anda meja berkenaan merupakan benda paling kotor dalam pesawat. Ia biasanya dibersihkan sekali sehari sahaja. 11. Bidan dalam pesawat Pembantu penerbangan bukan sekadar pelayan di udara, malah mereka juga mempunyai kepakaran lain. Sewaktu latihan, mereka turut diajar pelbagai perkara teknikal termasuklah menyambut kelahiran bayi ibu-ibu mengandung sewaktu mereka berada dalam pesawat.