suria

Kalau ke Tokyo jangan lupa singgah Dataran Impian Seiko, bergambar di tingkap jam bulat!

-foto kyodonewsprwire.jp

SEIKO Watch Corporation dengan bangganya mengumumkan pembukaan Dataran Impian Seiko (Seiko Dream Square), sebuah kompleks runcit yang baharu setinggi empat tingkat di tengah-tengah tempat kelahirannya di daerah Ginza, Tokyo.

Dataran Impian Seiko membolehkan pengunjung 'melihat, merasa dan mengalami' sejarah dan warisan Seiko yang terkenal dalam pembuatan jam sejak tahun 1881 menerusi muzium, bilik pameran dan fungsi hiburannya.

- kyodonewsprwire.jp

Menyambut pengunjung dengan semangat 'Omotenashi', satu istilah Jepun yang membawa maksud perkhidmatan dan hospitaliti sebaik mungkin, Dataran Impian Seiko menjadi satu titik destinasi bagi pengunjung setiap peringkat umur dan sebuah pusat untuk menyampaikan cerita jenama itu dari Ginza kepada dunia.

- kyodonewsprwire.jp

Sebuah muzium kecil di tingkat satu adalah dalam imej dalaman menara jam Wako yang simbolik.

Menara itu adalah satu simbol bersejarah bagi Seiko dan menjadi sebuah mercu tanda kebanggaan bagi Ginza di mana Pengasas Seiko, Kintaro Hattori menempatkan ibu pejabatnya.

Pada tingkat yang lebih tinggi, pelawat boleh menikmati pengalaman membeli-belah di dunia koleksi terkemuka Seiko iaitu Prospex, Presage, Lukia, dan Astron, dengan setiap satu dipaparkan dalam satu tetapan yang anggun berdasarkan kepada identitinya yang unik.

Ginza adalah sebuah daerah di Tokyo yang terkenal kerana bersifat glamor, berkelas tinggi dan mewah selain telah menunjukkan dirinya sebagai sebuah pusat perdagangan dan perniagaan, lambang kemewahan.

- kyodonewsprwire.jp

Dataran Impian Seiko terletak di tengah-tengah daerah itu, yang berfungsi sebagai satu persimpangan jalan untuk kedua-dua pelawat kebangsaan dan antarabangsa.

Pada satu majlis perasmian pada 19 Disember, 2018, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Seiko Watch Corporation Shinji Hattori berkata: "Seutas jam Seiko bukan semata-mata satu produk perindustrian. Ia boleh menjadi rakan dalam perjalanan dan kisah kehidupan seseorang.

- kyodonewsprwire.jp

"Menjadi impian kami untuk Dataran Impian Seiko menjadi tempat di mana pengunjung dari setiap pelusuk dunia mahu mencari rakan yang khusus ini."

Dengan adanya Dataran Impian Seiko, terdapat empat unit perniagaan Seiko di kawasan Ginza iaitu Wako dan Butik Premium Seiko Ginza untuk jam tangan mewah dan atasan (di persimpangan masing-masing jalan ke-4 dan jalan ke-7) dan Butik Seiko (di tingkat 5 kompleks GINZA SIX) untuk pelbagai koleksi global.

Dataran Impian Seiko terletak di 4-4-10 Ginza, Chuo-ku, Tokyo 104-0061 dan beroperasi dari 10.30 pagi - 7 malam (Isnin - Ahad). -Bernama

Artikel Lain