suria

20 McDonald's paling 'rare' di dunia yang patut anda kunjungi

ANDA mungkin fikir kebanyakan restoran McDonald’s di seluruh dunia kelihatan lebih kurang sama.

Yang membezakannya hanyalah sama ada ia terletak dalam bangunan sendiri, di lot-lot kedai atau dalam pusat beli-belah.

Dari segi susun atur, kerusi dan meja, kaunter pesanan serta perkara-perkara lain, nampak tak banyak bezanya.

Tetapi tahukah terdapat beberapa restoran McDonald’s di seluruh dunia yang benar-benar unik, dan ini 20 daripadanya.

1- Canal Street, New York City


Sangat hitam anda boleh terlepas pandang restoran ini pada waktu malam. Ia tidaklah menarik sangat tetapi tetap masuk senarai kerana warnanya hitam dengan pada binaan lebih dari satu abad.

2- Jurong Central Park, Singapura


McDonald's pertama dibuka di Liat Towers, Singapura pada tahun 1979, dan sejak itu lebih dari 120 restoran McDonald’s telah dibuka di pulau itu. McDonald's hijau pertama di Singapura dibuka di Jurong Central Park pada 2011. Ia menerima Anugerah Green Mark yang pertama untuk Restoran dari Autoriti Pembinaan Bangunan Singapura. Dengan suasana yang damai, pokok palm, dan ruang makan patio yang berangin, ini menjadi salah sebuah restoran McDonald’s paling santai di dunia.

3- Sochi, Rusia


Berhampiran Laut Hitam, McDonald's ini mempunyai teres besar dan balkoni di tingkat dua. Restorann McDonald's ini adalah salah satu daripada lima yang dibina untuk Sukan Olimpik Sochi pada 2014; satu langkah yang membantu mengembangkan perniagaan McDonald's di Rusia dan membolehkannya bukan sahaja menambah restoran untuk portfolio Rusia tetapi juga menambah item dalam menu, termasuk smoothie, parfait dan griled chicken wrap.

4- Bangkok, Thailand


Estetika di sini lebih tertumpu kepada banglo berbanding hidangan burger. Ia menawarkan air pancut air yang menenangkan, lantai kayu jati dan beranda berangin dan terbuka.

5- Sedona, Ariz


Walaupun hampir semua 37,000 lokasi McDonald's di seluruh dunia memaparkan lengkungan syarikat itu yang berwarna kuning keemasan, premis di sini digelar sebagai ‘McDonald’s turquoise’ oleh penduduk setempat kerana logo di gerbangnya berwarna turquoise. Bandar ini berpandangan bahawa  warna keemasan yang terkenal itu tidak menonjol dan bertentangan dengan dengan warna semulajadi kawasan tersebut. McDonald's menawarkan untuk menukar warna kuning dengan turquoise supaya ia serasi dengan penduduk tempatan.

6- Ulsan, Korea Selatan


Kita seakan tidak boleh berhenti memandang ke arah restoran berbentuk seperti kapal angkasa ini dengan lampu menerangi bahagian sayap. Gabungan restoran drive-thru dan stesen minyak adalah sesuatu yang menarik untuk dilihat di tenggara Korea Selatan.

7- Ho Chi Minh City, Vietnam


Outlet McDonald's yang ke 10,000 di rantau Asia Pasifik ini juga menjadi yang pertama di Vietnam. Ini menjadi restoran drive-thru pertama di negara ini, dibuka selama 24 jam sehari.  Pada hari pembukaan tahun lepas, beratus-ratus peminat makanan segera ini datang dengan skuter mereka untuk memesan Big Mac, kentang goreng, dan sandwic McPork.

8- Savannah, Ga


Walaupun luarannya pada mulanya nampak tipikal untuk Selatan, bahagian dalam yang menjadikannya salah satu McDonald's paling sejuk. Apabila dibuka pada tahun 2005, ini adalah McDonald's hijau yang pertama (memperolehi pensijilan LEED), dan ia mempunyai tingkap besar yang meliputi 75 peratus bahagian dalaman (mengurangkan keperluan pencahayaan dan pemanasan elektrik), tandas tanpa air dan tangki yang memanfaatkan air hujan untuk pengairan. Di luar, terdapat tempat letak kereta untuk kereta hibrid dan rak basikal.

9- Paris, Perancis


Walaupun Perancis, sebuah negara yang penuh dengan restoran berbintang Michelin, ‘McDo’ (panggilan penduduk tempatan) menjadi rantaian makanan segera yang terbesar. Gergasi makanan segera ini telah memperkenalkan makanan inspirasi Perancis seperti McBaguette dan bilik makan McDonald's yang direka khas yang mempunyai kerusi berkusyen yang selesa dan hiasan dalaman ala galeri seni.

Sebuah outletnya di Paris McDonald’s - Rue Saint-Lazare (gambar), mempunyai ruang luar dari sebuah dewan bir era 1900, Au Roi de la Biere (The King of Beer) dan mengekalkan semua perhiasan pada binaan itu, termasuk sebuah patung pencinta bir Gambrinus.

10- Sydney, Australia


Lokasi Strand di George Street di Sydney kelihatan seperti ruang menelaah di sebuah seni bina moden, bukan sebuah restoran makanan segera. Firma rekabentuk, Juicy menggunakan cetakan seni grafik berwarna oren, pink, putih, dan hitam, serta perabot seperti lounge nampak ‘cool’. Eksterior kaca dan keluli sangat cantik, mencerminkan cahaya dalaman.

11- Dewan Bandaran Bray, Bray, County Wicklow, Ireland


Di sebalik gambar indah bangunan di Ireland yang terbina sejak abad ke-19 ini, McDonald's sekali lagi menemui sebuah lokasi menarik di sebuah bangunan bersejarah. Disebabkan ia terletak betul-betul di dalam Dewan Bandaran, anda pasti tahui ia berada di tengah di bandar!

12- New Hyde Park, NY


Rumah agung Georgia yang indah sekitar tahun 1795 adalah salah satu restoran McDonald’s yang paling indah di AS. McDonald’s pada asalnya membeli rumah itu dengan niat untuk merobohkannya dan membina sebuah restoran standard, tetapi warga New Hyde Park berjaya membantah bagi mengekalkan status kediaman ini. Ini menjadikannya salah satu restoran paling elegan untuk francais McDonald's, lengkap dengan kawasan beranda berkaca dan tangga besar.

13- Rom, Itali


Restoran yang dipenuhi marmar dan mosaik ini adalah antara lokasi McDonald's yang diketahui paling terkenal dan telah menjadi tarikan pelancong dengan ciri tersendiri. Terletak di kawasan bersejarah Piazza di Spagna, bertentangan dengan Spanish Steps, restoran yang mempunyai bar salad besar ini mencetuskan kegemparan ketika dibuka pada tahun 1986 tetapi sejak itu berjaya menyesuaikan diri dengan seni bina bandar kuno.

14- Melbourne, Australia


Art Deco McDonald's di Clifton Hill, Victoria, dulunya adalah sebuah hotel lama. Hari ininia menyajikan burger, kentang goreng dan milk shake di ruang makan retro.

15- Roswell, N.M


Roswell mempunyai kisah tentang penampakan UFO dan alien yang pertama pada tahun 1947. Restoran McDonald’s di sini menawarkan binaan berbentuk UFO lengkap dengan lampu neon. Restoran ini juga mempunyai roket terbang dengan Ronald McDonalds di ruang permainan.

16- Porto, Portugal


Restoran McDonald's mewah di bandar bukit Porto di utara Portugal terletak dalam bekas Kafe Imperial, sebuah kedai kopi bersejarah tahun 1930-an. Ia telah menjadi tempat pelancongan popular bagi pelawat yang mengagumi tingkap kaca Art Deco, facade yang dihias dan candelier.

17- Dallas, Texas


Mereka kata segala-galanya lebih besar di Texas, dan untuk sebuah restoran McDonald's, itu benar! Memandu ke Montfort Drive, anda akan melihat Happy Meal terbesar di dunia. Di dalam restoran ini terdapat candelier kristal Austria, kertas dinding Ralph Lauren, lantai granit, booth mahogany dan bilik permainan.

18- Taupo, New Zealand


Taupo, New Zealand, diberi penghormatan untuk mempunyai satu-satunya restoran yang merangkumi pesawat yang dilupuskan sebagai sebahagian daripada restoran. Bekas pesawat penumpang DC-3 itu dibina pada tahun 1943 dan membawa penumpang di seluruh negara untuk syarikat penerbangan New Zealand, SPANZ pada tahun 1950-an dan 1960-an. Selepas menjadi pesawat penumpang, ia membawa baja. Penerbangan terakhir pesawat itu adalah pada Oktober 1984, dan dibawa melalui jalan ke Taupo oleh seorang peminat pesawat tempatan dan diletakkan di kedudukannya sekarang. Pada asalnya ia hanya sebagai daya tarikan untuk pengedar kereta yang dikenali sebagai Aeroplane Car Company. McDonald's membeli pesawat itu pada tahun 1990 apabila mereka membina McDonald's, yang dibuka pada November. Walaupun restoran itu berasingan dari pesawat, pengunjung boleh menikmati makanan mereka di dalamnya.

19- Guantamano Bay, Cuba


Hanya ada satu McDonald's di Cuba, dan ia berada di pangkalan tentera Laut Guantanamo Bay. Pangkalan yang terletak di kawasan seluas 45 batu persegi di tenggara Cuba, telah disewa oleh Amerika Syarikat sejak tahun 1903, dan mungkin paling terkenal dengan penjara tenteranya, yang telah beroperasi sejak tahun 2002. Pada tahun 1986, sebuah McDonald's dibuka di pangkalan itu dan ia tetap menjadi satu-satunya McDonald’s di Cuba.

20- Orlando, Fla


Digelar ‘McDonald’s hiburan terbesar di dunia’ restoran berkeluasan 18,716 kaki persegi yang dibina di Orlando beberapa tahun lalu berhampiran tapak McDonald's yang terdahulu, adalah satu pemandangan yang patut dilihat. Ia mempunyai ketinggian 48 kaki; mempunyai struktur permainan 22 kaki tinggi dan keluasan 2,000 kaki persegi, arked yang paling canggih; Ronald McDonald berketinggian 30 kaki; nyanyian animatronic Mac Tonight dan menu unik. -The Daily Meal

McDonald's, pelik, unik, dunia

Artikel Lain