SATU lagi tarikan baharu di ibu negara, MyBestBox KL, patut dimasukkan dalam senarai lokasi yang wajib anda lawati pada 2019. Hab permainan interaktif itu terletak di pusat beli-belah Berjaya Time Square dan ia menjanjikan keseronokan tanpa batasan, sesuai untuk pengunjung pelbagai peringkat usia. Menerusi kunjungan ke MyBestBox KL baru-baru ini, mStar Online ingin kongsikan kepada anda beberapa tarikan yang patut dicuba di lokasi itu. Crazy Drift, antara permainan paling menyeronokkan di MyBestBox KL. Antara yang paling menarik perhatian tentunya permainan Human Claw Machine. Lari dari kebiasaan mesin permainan arked yang wujud di pusat beli-belah biasa, di sini anda sendiri yang akan masuk ke dalam permainan untuk menangkap habuan. View this post on Instagram Nak tahu apa yang menarik kat MyBestBox KL? Swipe up Instastory untuk baca artikel penuh. Alang-alang tu, tag kawan-kawan sekali. Nanti boleh pergi sama-sama #mstartravel #mstardestinasi A post shared by mStar Online (@mstaronlineofficial) on Feb 8, 2019 at 6:21pm PST Menariknya, anda akan diikat dan digantung di dalam kolam sebelum kakitangan MyBestBox KL mengawal pergerakan anda untuk melakukan tangkapan. The Dry Pool, sesuai untuk anak kecil dan juga pengunjung dewasa. Di My Rage Room pula, bilik istimewa itu dibina khusus untuk pengunjung yang mahu melepaskan geram dan amarah yang terbuku dalam hati mereka. Sebelum mencuba permainan ini, anda akan dipakaikan pakaian keselamatan berserta topi keledar dan kaca mata untuk mengelakkan sebarang risiko kecederaan. Berbekalkan kayu pemukul, anda boleh memilih untuk memecahkan botol kaca atau televisyen sehingga puas hati. Kalau nak lepaskan kemarahan, inilah tempatnya. Bagi individu yang mahu menunjukkan kemahiran pemanduan mereka, Crazy Kart adalah permainan yang wajib dicuba. Selain itu, mereka turut menyediakan Dry Pool, kolam fantasi yang dipenuhi bebola kecil serta beberapa buaian. Kolam itu juga menjadi salah satu lokasi wajib untuk menangkap gambar disebabkan kesan cahaya khas yang dipantulkan di lokasi itu. Spinning Charade. Tarikan-tarikan lain termasuklah Spinning Charade, 6-Way Air Hockey, Unstable Soccer, Giant Cheekers, Human Ping Pong dan Electric Maze. Menariknya di MyBestBox KL, ia turut menyediakan kios makanan, khusus untuk ada mengembalikan semula tenaga setelah penat bermain di situ. Selain makan-makan dan bersantai, ia turut menawarkan beberapa dinding yang dihias khas, sesuai untuk kaki Instagram. Antara dinding yang menjadi buruan kaki Instagram di MyBestBox KL. Untuk mereka yang mahu datang secara berkumpulan atau menganjurkan majlis, MyBestBox KL turut menyediakan ruangan khas serta perkhidmatan katering untuk anda. Malah, jika ada organisasi atau syarikat yang mahu berkumpul untuk aktiviti brain-storming atau team building sambil bersantai, MyBestBox KL adalah lokasi yang paling tepat. Pendek kata, semuanya ada di sini. Malah, Party Room yang disediakan juga boleh menempatkan ramai orang pada satu-satu masa, menjadikan ia cukup selesa untuk dikunjungi. Antara permainan menyeronokkan di lokasi itu. Pas masuk pada hari biasa berharga RM35 (sejam) dan RM60 (2 jam). Pada hari minggu pula, pas masuk dijual pada harga RM38 (sejam) dan RM65 (2 jam).