NAMPAKNYA selepas ini tiada lagi alasan untuk rakyat Malaysia dari negeri lain tidak menerokai keindahan sekitar Kuala Lumpur walaupun hanya singgah untuk tempoh singkat. Daripada tercari-cari hala tuju dan untuk tidak membuang masa, apa kata cuba pakej Discover Kuala Lumpur yang sudah cukup memberi anda pengalaman berbeza dan menyeronokkan. ARTIKEL BERKAITAN: Nak beli tiket murah? Tawaran tambang rendah Malaysia Airlines bermula hari ini Bagi yang datang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2, anda boleh terus membeli pakej ERL-KL Hop On Hop Pff dengan harga cukup istimewa. Pelancong mengambil peluang bergambar pemandangan Kuala Lumpur yang mengagumkan. Perjalanan yang hanya mengambil masa 30 minit dari lapangan terbang ke KL-Sentral menggunakan KLIA Ekspres bukan sahaja menjimatkan tempoh perjalanan malah memberi lebih masa kepada anda untuk menerokai Kuala Lumpur. Pakej Discover Kuala Lumpur ini juga sebenarnya mensasarkan pelancong luar negara yang menjadikan negara ini sebagai transit terutamanya dari Amerika Syarikat, Eropah dan Timur Tengah sebelum meneruskan penerbangan ke destinasi akhir. Malah terdapat pakej berbeza untuk golongan ini bergantung kepada tempoh transit mereka iaitu melebihi lapan jam, 10 jam atau pun 12 jam. Discover Kuala Lumpur memberi pelancong peluang melawat tempat menarik dalam tempoh singkat. Discover Kuala Lumpur menawarkan dua destinasi berbeza iaitu Garden Route atau City Route yang hanya mengambil masa dua jam. Menerusi Garden Route yang bermula di KL Sentral, pelancong akan dibawa menyusuri 15 lokasi bermula di Muzium Negara, Taman Botani Perdana, Taman Burung KL termasuk Bangunan Sultan Abdul Samad, Masjid Jamek, Kampung Baru sebelum kembali ke KL Sentral. Jika memilih City Route pula, pelancong akan dibawa menjejalah ke 11 lokasi tumpuan termasuklah Menara Berkembar Petronas, Menara KL, Petaling Street, Bukit Bintang dan sebagainya. Bangunan ikonik Sultan Abdul Samad antara lokasi ketika menaiki KL Hop On Hop Off. Tiket dijual pada harga RM140 (dewasa) dan RM65 (2-12 tahun) dan ia boleh dibeli dalam talian menerusi laman web KLIA Express termasuk di kiosk di KLIA, KLIA2 dan KL Sentral. Bas KL Hop On Hop Off beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 6 petang setiap hari dan perjalanan terakhir pada 5 petang.