MENCARI makanan halal di Bangkok, Thailand mungkin bukan satu perkara mudah bagi mereka yang pertama kali sampai ke situ. Walaupun sering dikunjungi rakyat Malaysia, harus diingat Thailand bukanlah negara dengan majoriti masyarakat Muslim. Bagi mereka yang ingin mencari lokasi makanan halal, anda tak perlu bimbang. Berikut disenaraikan 5 lokasi di sekitar Bangkok yang menjual aneka makanan halal. 1. Petchaburi Road Soi 7 Terletak di timur Bangkok, lokasi pertama yang boleh dikunjungi pelancong untuk mendapatkan makanan halal adalah Petchaburi Road Soi 7. Di sini juga, pengunjung berpeluang menikmati aneka makanan Thailand yang halal. Tidak hanya masakan Thailand, terdapat juga makanan khas Arab dan India dijual di sini. Di sini juga letaknya Masjid Darul Aman. 2. Bobae Market Selain makanan halal, di sini juga banyak dijual cenderamata. -foto pinterest Terletak tidak jauh dari Petchaburi Road Soi 7. Aneka menu makanan halal khas Thailand dapat ditemui di sini dengan mudah. Selain makanan, di Bobae Market juga banyak dijual barangan yang boleh dijadikan ole-ole dari Thailand. 3. Sukhumvit Soi 3 terletak berhampiran stesen Nana BTS, Pasar Malam Sukhumvit adalah lokasi sesuai untuk mencari makanan enak dan halal di Bangkok. Segalanya ada di sini, dari kebab sehinggalah pad Thai yang menang anugerah. 4. Ramkhamhaeng Suasana meriah di Ramkhamhaeng. -foto en.edtguide.com Ramkhamhaeng juga amat sesuai untuk pelancong yang 'kaki makan'. Selepas puas jalan-jalan dan mencuba pelbagai jenis street food halal, anda juga boleh singgah di kedai kopi atau restoran di sini yang turut menyediakan aneka menu makanan dan minuman halal. 5. Charoen Krung Selatan Kawasan ini terkenal dengan hidangan itik panggang. -foto asiaexplorers.com Kalau teringin makan itik di Thailand, datanglah ke Jalan Charoen Krung Selatan. Terletak di seberang Masjid Assalafiyah, tempat ini popular dengan aneka hidangan manis dan lazat. Salah satu warung paling popular di sini adalah Hasan Roasted Duck. 6. Asoke Jalan Asoke yang terletak di Sukhumvit 23, tidak jauh dengan Universiti Srinakharinwirot popular dalam kalangan mahasiswa. Sesuai dengan lokasinya, tentunya makanan yang dijual di daerah ini murah. Salah satu menu paling digemari di Asoke adalah Ayam Goreng Thai. -halaltrip.com