suria

'Anjung Spotter' hotspot terkini tinjau pesawat di KLIA

Orang ramai kini boleh berkunjung ke Anjung Spotter bagi merakamkan gambar pesawat berlepas dan mendarat dengan lebih dekat.

JIKA ada yang merasakan aktiviti melihat kapal terbang berlepas dari landasan sebagai detik romantik, anda boleh berbuat demikian di dek pemerhatian pesawat terbuka pertama di Malaysia!

Terletak di Jalan Pekeliling bersebelahan dengan Runway 32 Left (32L), lokasi itu adalah hotspot terbaharu untuk tetamu yang berkunjung ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

ARTIKEL BERKAITAN: Anda mungkin akan ‘terlanggar bahu’ bintang K-pop jika berkunjung ke 5 lokasi di Seoul ini

Dek yang diberi nama Anjung Spotter itu dibina dalam jarak 10 kilometer x 10 kilometer dari lapangan terbang dan ia adalah idea daripada pasukan media sosial Malaysia Airports yang sentiasa mendengar pandangan daripada rakan-rakan komuniti penerbangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Lapangan Terbang Malaysia, Raja Azmi Raja Nazuddin berkata, dek pemerhatian terbuka itu dapat memberikan pengalaman luar biasa kepada pengunjung terutamanya dalam mencipta memori dalam diri kanak-kanak.

Dek ini boleh menempatkan 40 orang pada satu-satu masa.

"Zaman dahulu, kita dapat lihat ada keluarga menikmati makanan berhampiran lapangan terbang bersama keluarga sambil melihat pesawat terbang melewati mereka. Ia antara pengalaman indah buat rakyat Malaysia," katanya.

Dek pemerhatian terbaharu itu akan memberi kesan sama kepada ramai rakyat Malaysia tambahan pula lokasinya memberi pemandangan lebih sempurna tentang pesawat yang melalui Runway 32L.

"Zaman sekarang, ramai anak muda yang sering menghabiskan masa di lapangan terbang untuk merakamkan foto pesawat yang berlepas dan dek pemerhatian ini adalah lokasi paling baik," ujarnya.

Kemudahan terbaharu ini boleh memuatkan 40 orang pada satu-satu masa dan pengunjung akan dpat menikmati dan merakamkan panorama pelbagai pesawat dari seluruh dunia yang berlepas dan mendarat di KLIA.

Tidak terhenti di Anjung Spotter, Malaysia Airports juga akan mengenal pasti lebih banyak lokasi dalam rangkaian lapangan terbangnya untuk membina lebih banyak lokasi serupa. - Star2

Artikel Lain