suria

Melancong sambil berkayuh paling seronok di 5 negara ‘mesra basikal’ ini

Aktiviti berbasikal bukan sahaja menyeronokkan tapi dapat melihat sisi lain sesebuah tempat ketika melancong.

KETIKA melancong ke luar negara antara cara terbaik untuk menjelajah dan melihat keindahan sesuatu tempat bukan sahaja dengan berjalan kaki tetapi juga menggunakan basikal.

Bukan sahaja mudah dan mesra alam tetapi basikal mampu membawa anda ke setiap sudut dan lorong yang tidak dapat diakses oleh kenderaan lebih besar.

ARTIKEL BERKAITAN: Terbang penuh gaya ke Pulau Langkawi dengan Qatar Airways mulai Oktober ini

Tidak kira sama ada anda bersiar-siar ketika percutian atau dalam misi kembara, menggunakan basikal adalah cara terbaik untuk mengenali sesuatu tempat.

Lima negara ini antara destinasi yang 'mesra basikal' seperti disarankan oleh Agoda.

1. Beijing, China

Cara paling murah dan menjimatkan untuk bersiar-siar di Beijing adalah dengan mengayuh basikal malah terdapat servis menyewa basikal di serata tempat di bandar itu.

Pelancong hanya perlu membuat imbasan basikal menggunakan telefon bimbit menggunakan aplikasi untuk membuka kunci basikal.

Bagi yang pertama kali ke Beijing, anda boleh mengayuh di jalan sepanjang 16 kilometer bagi melihat keindahan termasuk tempat menarik seperti Forbidden City, The Egg dan Bird's Nest Stadium.

2. Paris, Perancis

Jika ingin berbasikal di kota cinta ini, Parc Rives de Seine adalah tempat paling sesuai. Kawasan yang diwartakan sebagai Unesco World Heritage itu telah dijadikan lokasi untuk pejalan kaki dan penunggang basikal menikmati keindahannya.

Hentian pertama, cuba makanan di beberapa restoran yang terdapat di situ selain pelbagai aktiviti disediakan.

3. Hoi An, Vietnam

Untuk merasai keindahan desa, bandar Hoi An tidak akan mengecewakan. Anda boleh merasai mengayuh basikal merentasi sawah padi yang hijau dan indah.

Di Hoi An juga landskapnya sangat menakjubkan dengan pemandangan kampung yang menggamit memori, selain sarat dengan budaya tempatan.

4. Florece, Itali

Mengayuh basikal memenatkan? Cuba basikal elektrik di Florence, Itali sambil melihat keindahan bangunan lama dan bersejarah seperti Piazzale Michelangelo, The Duomo dan sebagainya.

5. Melbourne, Australia

Melbourne cukup terkenal dengan budaya berbasikal. Sememangnya anda perlu berbasikal untuk kelihatan seperti orang tempatan ketika menerokai tempat-tempat menarik di sana.

Jika sukakan cabaran apa kata melalui Yarra River bagi merasai pengalaman berada di ladang anggur sebelum menuju ke Warrnambool untuk ke Great Ocean Road. Anda pasti tidak akan menyesal!

Paris, Florance, Vietnam, Australia, Basikal

Artikel Lain