MY Late Deals telah mendedahkan Indeks Bandaraya Makanan Jalanan (street food) yang terdiri daripada 30 bandaraya untuk menentukan di mana anda dapat menikmati makanan jalanan paling lazat di dunia.
Destinasi-destinasi terpilih ini disenaraikan berdasarkan pelbagai faktor termasuk bilangan penjaja, harga hidangan, sanitasi serta pengalaman dan aktiviti makanan jalanan yang ada.
Hong Kong menduduki tempat teratas dengan 224 peniaga, skor 100 peratus untuk sanitasi dan pelbagai pengalaman makan yang ditawarkan.
Walaupun hidangannya bukanlah 'mesra bajet' dengan purata harga RM27 setiap hidangan, kepelbagaian makanannya yang lazat (tidak dijamin halal) tetap menjadi kegemaran pengunjung dan penduduk setempat selama beberapa dekad.
Bangkok, Thailand menduduki tempat kedua senarai Top 30 Bandaraya Makanan Jalanan Terbaik Dunia. -foto REUTERS
Antara makanan popular adalah kari bebola ikan, tart telur, waffle telur dan dim sum.
Sementara itu, tempat kedua dalam senarai itu jatuh kepada Bangkok di Thailand, yang mempunyai makanan jalanan paling murah berbanding 30 bandaraya lain dengan kos purata RM8.40 setiap hidangan.
Makanan popular di sini termasuklah pad thai dan tomyam.
Bagi tempat ketiga, pengiktirafan diberikan kepada Ho Chi Minh di Vietnam kerana hidangannya yang murah sekitar RM9, selain jumlah peniaga yang ramai.
Berikut 30 bandaraya street food terbaik dunia yang tersenarai:
Rojak pasembor adalah salah satu makanan jalanan popular di Pulau Pinang. -foto THE STAR
1- Hong Kong
2- Bangkok, Thailand
3- Ho Chi Minh, Vietnam
4- Singapura
5- Mumbai, India
6- Rome, Itali
7- Tel Aviv, Israel
8- Sydney, Australia
9- Bandaraya Mexico, Mexico
10- Portland, USA
11- Seoul, Korea Selatan
12- Beijing, China
13- Berlin, Jerman
14- Paris, Perancis
15- Istanbul, Turki
16- Palermo, Sicily
17- Pulau Pinang, Malaysia
18- Tokyo, Jepun
19- New Orleans, USA
20- Kuala Lumpur, Malaysia
21- Cartagena, Colombia
22- Port Louis, Mauritius
23- Honolulu, Hawai
24- Taipei, Taiwan
25- Marrakech, Morocco
26- Rio de Janeiro, Brazil
27- New York, USA
28- Durban, Afrika Selatan
29- Kingston, Jamaica
30- Dakar, Senegal
- Mirror / My Late Deals