suria

Sukar melancong dengan anak kecil? Ikuti tip ini, pasti tak serabut!

Sebagai ibu bapa, anda perlu mempertimbangkan beberapa perkara ketika merancang untuk bercuti bersama anak kecil.

BERCUTI sememangnya sangat menyeronokkan apatah lagi kita dapat meluangkan masa bersama keluarga atau orang tersayang.

Tidak timbul banyak masalah bagi mereka yang ingin bercuti secara solo atau pergi bersama rakan-rakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bapa jangan ambil remeh, ketahui 'do and don't' saat anak hadapi peperiksaan 

ARTIKEL BERKAITAN: Duit gaji cepat habis? Ketahui tip pengurusan kewangan agar tidak ‘sengkek’ hujung bulan 

Tapi, bagaimana pula dengan ibu bapa yang mempunyai anak kecil? Pasti banyak perkara yang perlu difikirkan dan dipertimbangkan khususnya dari segi lokasi percutian, makanan mahupun keperluan si kecil.

Bagi memastikan percutian anda bersama keluarga dan si kecil berjalan lancar dan menggembirakan, apa kata ikuti beberapa tip ini.

1) Pilih destinasi

Penentuan lokasi sangat penting. Jika lokasi percutian anda di luar negara, beberapa perkara perlu anda titik beratkan, contohnya pakaian di negara yang bermusim, perbezaan waktu dan sebagainya. Buat sedikit carian dan penyelidikan mengenai lokasi yang ingin dikunjungi.

2) Rancang itenari percutian

Merancang itenari adalah sangat penting kerana ia membabitkan pengurusan masa. Dalam itenari tersebut, senaraikan lokasi yang ingin dikunjungi dan pastikan anda sudah membuat sedikit penyelidikan mengenai lokasi-lokasi berkenaan, seperti jarak dari hotel, kemudahan dan sebagainya.

Kereta sorong bayi merupakan barang yang penting untuk dibawa ketika bercuti. 

3) Barang keperluan bayi

Ibu bapa perlu teliti dalam bab ini. Pastikan anda membawa semua keperluan bayi seperti barangan mandi, pakaian, ubat-ubatan, makanan dan permainan. Pastikan anda membuat ‘check list’ dan kemas beg pakaian si kecil lebih awal supaya anda tidak kelam kabut atau ada yang tertinggal. Juga, pastikan anda membawa satu beg galas kecil untuk mengisi barang si kecil ketika bersiar-siar. Ops, jangan lupa bawa kereta sorong bayi. Ini sangat membantu anda nanti.

4) Tempah menerusi bassinet

Bassinet memudahkan anak kecil tidur ketika dalam penerbangan, khususnya yang mengambil masa berbelas jam.

Anda digalakkan membuat tempahan bilik hotel lebih awal bagi menjamin kelancaran dan keselesaan ketika bercuti.

5) Tempahan awal bilik hotel

Jika bawa anak kecil, usah berangan untuk main ‘redah’ tempah bilik hotel. Sebaiknya, buat tempahan awal untuk elakkan anda terpaksa bermalam di hotel yang mungkin tidak sesuai untuk anda sekeluarga.

6) Latihan percutian

Apa kata anda cuba bawa anak kecil bercuti di lokasi dalam negara terlebih dahulu. Dari sini, anda akan dapat gambaran tentang apa yang perlu ditambah baik dan sebagainya. Ini lebih memudahkan anda ketika percutian sebenar nanti. 

travel, anak kecil, itenari, bayi

Artikel Lain