MASYARAKAT Islam memang gemar melancong ke luar negara bagi merasai sendiri pengalaman budaya baharu dan meneroka bandar-bandar yang belum dikunjungi sebelum ini. Ternyata, salah satu aspek yang dititik-beratkan pelancong Muslim adalah pilihan makanan halal di negara bakal dikunjungi terutamanya jika melancong bersama keluarga. Usah khuatir! Agoda, salah satu platform percutian digital berkongsi beberapa destinasi pelancongan mesra Muslim yang menawarkan pelbagai jenis makanan halal dan juga aktiviti menyeronokkan boleh dilakukan disana. 1. London, England Kota London bukan sahaja terkenal dengan kesenian dan galerinya malah mercu tanda bersejarah seperti Istana Buckingham dan The Houses of Parliament. Dengan populasi penganut Islam lebih daripada 1 juta, kota London juga merupakan kota yang paling mesra Islam di Eropah. Makanan halal dari pelbagai negara Muslim di dunia seperti Pakistan, India, Arab dan Afrika boleh didapati di sini. Pilihan makanan halal di sini termasuk Liman Restaurant yang memang terkenal dengan makanan Arabnya, Stax Diner di Jalan Carnaby yang menawarkan makanan ala-Amerika seperti burger dan wafel halal serta Pie Republic yang menyediakan pai British halal. 2. Vienna, Austria Vienna, ibu kota Austria dan bandar terbesar di negara ini kaya dengan budaya dan dianggap bandar paling sesuai didiami di dunia. Dengan legasi musik klasiknya yang berusia ratusan tahun, kota Vienna menawarkan pelbagai jenis tarikan pelancongan dan aktiviti menyeronokkan untuk seisi keluarga. Aplikasi Agoda dapat memberikan panduan berkenaan taman-taman cantik, zoo tertua di dunia, tempat membeli belah yang hebat, konsert-konsert klasik, masjid-masjid yang indah dan pilihan makanan halal menyelerakan dari santapan kasual sehingga ke mewah. Pertimbangkan Turkis Oriental Food dan Daily Imbiss sebagai restoran halal yang harus dikunjung dalam jadual percutian anda. 3.Rom, Itali Rom, ibu negara Itali adalah sebuah kota yang kaya dengan artifak kuno dan monumen bersejarah perlu dilawati sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Dari Colosseum yang mengagumkan sehinggalah ke Forum Roman, dan dari Air Mancur Trevi sehingga ke Muzium Vatikan, saksikanlah seni bina dan kesenian menakjubkan di setiap tempat. Aplikasi Agoda adalah satu panduan yang amat diperlukan bagi melangkau barisan panjang untuk lawatan terbaik, tempat membeli-belah digemari ramai dan menyeronokkan seisi keluarga. Rom juga menawarkan pelbagai restoran halal dan kudapan menyelerakan seperti gelato (aiskrim) Itali yang terkenal. Singgahlah di kedai gelato halal yang berasaskan ramuan semula jadi, Frididarium untuk menikmati pelbagai jenis perisa yang ditawarkan di sana. 4. Paris, Perancis Kota Paris yang terkenal dengan mercu tanda Eiffel Tower adalah satu lokasi terbaik untuk meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Kunjungan ke muzium seperti Louvre atau Sacre-Ceour Basilica yang terkenal dengan keindahan seni binanya dan pencarian pastri lazat menjadi lebih mudah dengan penggunaan Panduan Bandar Paris Agoda. Paris mempunyai masyarakat Islam yang sudah lama menetap di sana. Maka, tidak hairanlah ia mempunyai lebih 100 restoran halal yang menawarkan santapan mewah sehinggalah ke makanan bawa pulang. Dua buah restoran halal yang harus dikunjungi adalah Kashmir House yang menyajikan hidangan Pakistan yang lazat dan Sizin bagi masakan Turki. 5. Amsterdam, Belanda Kehebatan bangunan-bangunan bersejarah dan seni bina kontemporari menjadikan Amsterdam sebuah kota menarik untuk diterokai sama ada berjalan kaki, berbasikal dan menaiki bot di sepanjang terusan. Ibu kota Belanda ini mempunyai komuniti Islam yang besar kerana Islam merupakan agama kedua terbesar di negara tersebut sekali gus memudahkan pencarian makanan halal. Antaranya Grillroom Shoarma dan Bazaar Amsterdam yang menawarkan pilihan makanan halal yang lazat. Jelajahi Amsterdam menggunakan Aktiviti untuk Dilakukan dalam aplikasi Agoda yang menawarkan pelbagai aktiviti seperti melayari terusan pada waktu malam dan lawatan ke Muzium Van Gogh. Aplikasi tersebut turut membolehkan anda membeli tiket dan melangkaui barisan panjang di kaunter tiket.