JEPUN merupakan antara negara paling selamat untuk dikunjungi di dunia. Maka tidak hairanlah ramai memilih untuk menjejak kaki ke negara matahari terbit itu. Pernah tak anda berdepan situasi mendebarkan sebagai contoh tercicir barang peribadi seperti telefon bimbit ketika melancong ke sana? Usaha khuatir! Peluang untuk gajet penting itu dijumpai semula adalah lebih 90 peratus. ARTIKEL BERKAITAN: Tahukah anda apakah barang hotel yang paling banyak dicuri? Peliknya yang diberi percuma tak ramai bawa pulang ARTIKEL BERKAITAN: Kita patut jadikan contoh... Masyarakat Jepun diangkat pelancong terbaik dunia! Menerusi perkongsian Zunita Ramli di Facebook, dia yang sudah menetap lebih tiga tahun di Saitama, Jepun mendedahkan pemilik hanya perlu ke kaunter 'Lost & Found' untuk mendapatkan semula telefon bimbit yang tertinggal. Antara barang tercicir yang masih belum dituntut pemiliknya. "Peluang untuk dijumpai semula adalah lebih 90 peratus. "Ya betul. Hanya pergi sahaja ke kaunter 'Lost & Found', Insya-Allah barang anda ada di sana," katanya. Jelas wanita berusia 32 tahun itu, pada 2017 kaunter 'Lost & Found' di Tokyo menyimpan lebih 900,000 barang tidak dituntut pemiliknya seperti dompet, iPhone, cermin mata gelap dan sebagainya. "Kebiasaannya pada hari hujan secara purata 3,000 kaki payung yang tertinggal dijumpai setiap hari di Tokyo. "Ini menjadikan pusat penyimpanan barang tidak dituntut terpaksa mengkhaskan 660 meter kaki persegi untuk simpanan payung sahaja," katanya. Dek kerana jumlah barangan tidak dituntut semakin meningkat, Zunita berkata kaunter 'Lost & found' terpaksa diubah suai. Setiap hari 3,000 payung tertinggal dijumpai di sekitar Tokyo. "Pusat penyimpanan diubah-suai menjadi enam tingkat bangunan hanya untuk menyimpan barang yang tidak dituntut. "Dan jumlah barang tidak dituntut semakin bertambah dari hari ke hari," katanya. Ya betul. Hanya pergi sahaja ke kaunter 'Lost & Found', Insya-Allah barang anda ada di sana. ZUNITA RAMLI Pastinya ramai tertanya-tanya bagaimana pihak terlibat menguruskan barang tidak dituntut yang semakin meningkat itu. Zunita yang berasal dari Negeri Sembilan menyenaraikan tiga kaedah yang digunapakai pihak terlibat dalam menguruskan barangan tersebut. 1. Hubungi ahli keluarga/pemilik Jika mereka mempunyai maklumat keluarga seperti di dalam wallet atau telefon yang tertinggal, pihak polis akan menghubungi keluarga atau tuan punya badan. Longgokan jam tangan yang masih disimpan di kaunter 'Lost & Found'. Tetapi terdapat juga kes walaupun telah dihubungi, masih tidak dituntut. Ini menjadikan bilangan barang yang tak dituntut semakin meningkat. 2. Jualan 'Tetsudou Wasuremono' Jika setelah beberapa jangka masa yang lama, barang masih tidak dituntut, pihak 'Lost & Found' akan membuat jualan yang dipanggil “Tetsudou Wasuremono” atau “Barangan yang Terlupa di dalam Keretapi” di stesen-stesen keretapi kebiasaannya. Barang-barang ini akan dilelong serendah ¥60 (RM2.40). 3. Jualan pukal Jualan secara pukal juga lazim dilakukan bagi mengosongkan ruang simpanan dengan cepat. Biasanya, ianya dijual secara kotak besar. Tidak boleh dipilih barang di dalamnya, it’s a bargain. Cermin mata antara aksesori yang banyak tidak dituntut pemiliknya. Mungkin barang bernilai tinggi dan sebaliknya. Ada juga barang-barang ini dieksport ke negara luar dan dijual sebagai barang second hand. Zunita atau lebih mesra disapa Kak Nita berkata dia terpanggil berkongsi perkara itu kerana amat mengagumi sikap jujur masyarakat Jepun. "Saya memang suka budaya dan apa-apa yang positif berkaitan Jepun. Saya juga amat kagum dengan pengurusan barang 'Lost & Found'. "Begitu juga sikap jujur masyarakat Jepun itu sendiri. Sebab itu saya banyak share perkara positif yang kita boleh ambil contoh dari mereka," katanya.