suria

'Pulau anak patung penuh misteri', rebut tawaran menarik percutian ke destinasi berhantu!

Pengunjung percaya akan gangguan suara jeritan serta bayangan kanak-kanak mati kelemasan itu. FOTO- Kristopher Hewkin / SWNS

SEMESTINYA antara kita tentunya mahukan sebuah percutian yang menenangkan bagi meluangkan masa bersama keluarga tercinta. Namun jangan sampai tersalah memilih destinasi percutian sehingga ia menghantui anda sekeluarga.

'Isla de las Munecas' atau dikenali sebagai Pulau Anak Patung di Xochimilco merupakan sebuah pulau yang menyimpan 1,001 misteri yang menyeramkan terletak 17 kilometer dari Mexico City.

ARTIKEL BERKAITAN: 15 pulau paling pelik di dunia

Walaupun terdapat kisah misteri disebalik nama pulau tersebut, ramai diantara pelancong tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke destinasi tersebut.

Beribu-ribu anak patung yang anggota badannya terputus digantung pada pohon-pohon serta dahan disekeliling pulau tersebut. 

Berdasarkan penceritaan ramai, terdapat satu kisah tragis yang berlaku di kawasan pulau tersebut dimana seorang kanak-kanak perempuan dikatakan meninggal dunia di terusan pulau berkenaan, dipercayai mati lemas.

Susulan insiden itu, seorang lelaki warga tempatan bernama Don Julian Santana Barrera telah menemui satu anak patung terapung di tepi terusan tidak jauh dari mayat kanak-kanak malang itu.

Pelbagai jenis patung digantungkan pada dahan-dahan pokok sekitar pulau ini.

Sejak peristiwa itu, Barrera mendakwa dia sering diganggu oleh suara jeritan dan bayangan kanak-kanak itu. Oleh kerana tidak tahan dengan gangguan tersebut, dia kemudiannya mengambil keputusan menggantung anak patung tersebut di dahan pokok bagi menghormati semangat kanak-kanak itu.

Jadi bagi anda yang berani untuk melawat destinasi percutian yang menyeramkan ini, pihak syarikat Flash Pack menawarkan pengembaraan selama sembilan hari melalui Central Mexico.

"Ini tidak sesuai bagi mereka yang lemah semangat. Bagi kebanyakan pelanggan kami, pengembaraan bererti melakukan aktiviti seperti abseiling di cerung gunung, dan bagi yang lain pula andrenalin dari ketakutan memberikan keseronokan yang sama.

Menyeramkan koleksi anak patung yang dijumpai.

"Lawatan mengelilingi Mexico pastinya memberikan mereka pendedahan tentang sejarah serta tradisi yang kaya di negara ini.

"Sukar dinafikan, Mexico menarik ramai pelancong dari seluruh dunia sepanjang tahun dengan kebudayaan yang tidak berkesudahan. Malah sekitar Oktober ini mencatatkan ramai pelancong berkunjung ke sini seperti tarikan perayaan Hari Mati," kata pengasas Flash Pack itu.

Pengembaraan ini bermula dari 26 Oktober hingga 3 November tahun ini dengan harga sekitar RM530 termasuk penginapan, pengangkutan tempatan, makanan dan pakar panduan. Daily Star

pulau anak patung, misteri

Artikel Lain