suria

Jika kota London dalam bucket list anda, apa kata semak dulu 10 tip ini

Rancang itinerary anda untuk memudahkan perjalanan sepanjang berada di London.

SETIAP daripada kita pastinya menjadikan London dalam bucket list  destinasi wajib untuk dikunjungi.

Malah ramai memilih untuk bercuti ke sana pada akhir tahun kerana banyak jualan murah ditawarkan sempena perayaan Krismas.

Bagi yang pertama kali ke sana, ketahuilah tip yang dikongsi Saidatul Syuhada Sulaiman yang mungkin dapat membantu melancarkan percutian anda dengan bajet minima.

1. Pengangkutan awam 

Nak mudah, beli Oyster Card ala-ala kad Touch n Go if nak naik LRT, ERL and sebagainya. Kat sini tak panggil subway. They called it as Tube/Underground. Kad tu boleh dapat kat mana-mana stesen dengan harga £5 (RM26.8). Kemudian boleh reload lagi. 

Kad Oyster boleh dibeli di mana-mana stesen tube/underground.

2. Apps City Mapper

Applikasi City Mapper amat berguna di mana-mana bandar utama di seluruh dunia. Ia membantu kita untuk mencari laluan terbaik dan pilihan pengangkutan awam dari satu tempat ke tempat lain dan kadar tambang dinyatakan.

3. Bigpay

Bigpay AirAsia sangat best. Bayangkanlah rate tukar dekat Malaysia £1 (RM5.41) Tiba-tiba sampai kat sana swipe debit dapat around RM5.37 je rate. Advantage betul siapa guna BigPay.

4. Hostel/Apartmen

Carilah yang dekat dengan underground station. At least bolehlah jalan kaki pergi station tu. And better ambil private dorm so barang korang boleh simpan dengan selamat even duduk dorm sebab kawan korang je dalam bilik tu.

Pilihlah tempat penginapan sesuai dengan bajet anda.

5. Makanan

Macam biasa makanan halal kat oversea mostly kedai kebab tapi ada je makanan Asean. Kena pandai-pandai cari. Tapi kami bawa pek kembara, instant noodles dan sebagainya untuk penjimatan dan kekenyangan yang lebih padu. Ayam goreng kat sini yang halal ada je harga £1.50 seketul.

6. Jangan sombong

Guys if korang sesat ke tak pasti ke tanya je orang local kat situ. Confirm  mereka bantu. Kadang-kadang tak tanya pun mereka tolong guidekan. Sometimes naik tube/train boleh sesat sebab ada lebih dari 10 jenis line.

7. Scammer/penyeluk saku

Wujud di Europe tapi kena pandai jaga diri. Being ignorance dekat orang yang tiba-tiba datang dekat or offer something itu kadang-kadang ada baiknya juga. By the way saya pakai beg pouch di pinggang untuk letak duit dan barangan berharga. Kalau nak lagi selamat pakaikan la backpack tu dengan sarung rain cover. Tutup terus zip beg.

Pelbagai souvenir ditawarkan tapi kena pandai tempat dengan harga murah.

8. Pengurusan masa

Kena susun baik-baik itinerary berdasarkan musim melawat di London. Macam sekarang ni musim pre-winter so pukul 1 tengahari dah masuk waktu solat Asar. Antara pukul 3 hingga 4 petang pula dah Maghrib. Bila waktu siang pendek tu sila adjust timing sendiri untuk city tour so sempat ambil gambar cantik-cantik before hari dah senja.

9. Simkad vs Pocket Wifi

I choose simcard for my Europe tour! Sebab kalau battery wifi habis then tergapai-gapai kelemasan. And beli sim nampaknya lagi murah dari sewa wifi.

10. Shopping

Shopping souvenir kat Bayswater je. Tak payah cari tempat lain. Murah terukk £30 dapat 45 keychain. Hehe. Kalau nak shopping barang branded boleh pergi Bicester Village. Nak shopping barang local murah boleh pergi Primark. Transaksi duit di sini murah. Swipe je debit card/credit card/BigPay. £6.50 pun boleh swipe debit kalau kat sini. Tak kena gelak pun dengan cashier tu.

travel, London

Artikel Lain