PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) kembali berkuatkuasa selama 14 hari sehingga 26 Januari depan dengan memperlihatkan enam buah negeri terlibat iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah. Ini sekali gus memperlahankan aktiviti pelancongan domestik memandangkan pelaksanaan PKP itu turut tidak membenarkan rentas negeri. ARTIKEL BERKAITAN: Tempatan atau hipster? Ini senarai tempat makan patut anda singgah jika ke Langkawi Tapi jangan bimbang, terdapat cara lain untuk 'melancong' iaitu secara maya yang turut memberi pengalaman luar biasa! Memandangkan kita perlu duduk di rumah sepanjang tempoh PKP ini, apa kata rebut peluang untuk menyaksikan pameran lukisan bertajuk Object Matters: Emancipating the collection of Rahime Harun. Pameran dibahagikan kepada tiga komponen. Ia sedang berlangsung secara dalam talian sehingga 14 Februari ini dan dianjurkan oleh A.P Art Gallery. Pameran secara maya pertama dalam bentuk projek penyelidikan ini mengetengahkan koleksi seni di Malaysia dengan tiga pelukis iaitu Mark Teh, Nazrul Hamzah dan Amir Amin. Koleksi pameran itu menampilkan komponen berdasarkan masa serta pergeseran ideologi berdasarkan kreativiti pelukis. Pelukis jemputan menggunakan koleksi Rahime Harun sebagai subjek penyelidikan untuk eksperimen artistik ini yang dibahagikan kepada tiga kompenan iaitu; Komponen 01: 7 January 2021 Kompilasi: Pameran pelbagai bahan dan dokumen arkib untuk menggambarkan arc wacana mengenai koleksi seni. Komponen 02: 14 January 2021 Koleksi: Pembukaan koleksi itu sendiri - memaparkan struktur taksonomi, estetika yang mengatasi kekhususan objek seni. Komponen 03: 14,21 dan 28 Januari 2021 Penciptaan: Pembukaan karya seni baharu oleh tiga artis undangan berdasarkan koleksi Rahime Harun. Kesemua pameran itu boleh diakses menerusi www.objectmatters.art sejak 7 Januari lalu bermula pukul 5 petang. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!