suria

Wah! Monyet di Uluwatu Bali ada ‘taste’, kajian dapati haiwan ini suka curi barangan mewah

Monyet di Uluwatu, Bali lebih gemar mencuri barangan mewah sekiranya tidak mendapat makanan.

UNGKAPAN 'cheeky monkey' mungkin kedengaran comel bagi menggambarkan kelincahan monyet yang tangkas merampas barang terutamanya makanan daripada manusia, tetapi sebenarnya terdapat kajian dilakukan mengenai tingkah laku haiwan itu.

CNN Travel melaporkan kajian diterbitkan dalam jurnal sains Royal Society mengkaji tingkah laku monyet di Kuil Uluwatu, Bali, Indonesia yang sering mencuri barang-barang seperti beg, topi, kaca mata, telefon meskipun sedar ia bukan makanan.

ARTIKEL BERKAITAN: 5 hotel ini tawar pengalaman penginapan unik dan luar biasa, mana satu pilihan anda?

Penyelidik mendapati monyet dewasa dengan ekor yang panjang cukup bijak untuk memahami barangan mana yang paling berniali bagi manusia dan hanya akan melepaskan barang itu selepas mendapat makanan yang bernilai buat mereka.

Dalam kajian itu, penyelidik menjelaskan tingkah laku itu merupakan proses 'perdagangan' dalam kalangan monyet dengan manusia.



Monyet hanya mahukan makanan.

Para saintis dari Universiti Lethbridge Kanada dan Universiti Udayana Indonesia turut mendapati monyet mencuri barangan daripada manusia sebagai simbol meminta makanan.

Kemampuannya berbuat demikian juga sesuai dengan usia dan pengalamannya berhadapan dengan pelancong seperti di Kuil Uluwatu.

Penyelidikan itu dilakukan selama 273 hari daripada 2015 hingga 2016 dengan pemerhatian lanjut dilakukan pada 2019.

Para penyelidik dalam kajian itu melihat reaksi monyet ketika berhadapan dengan pengunjung, menghampiri mereka dengan cara yang licik, kaedah mencuri serta 'drama' menyerah diri bagi mendapatkan makanan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain