suria

Tolak tepi pergolakan politiknya... 5 destinasi di Myanmar ini pasti buat anda terpukau!

Denai Inle antara destinasi menarik di Myanmar.

ARENA politik Myanmar mungkin sedang bergolak ketika ini namun di sebalik itu, negara itu sebenarnya mempunyai destinasi pelancongan tersendiri dan cukup mengagumkan.

Ramai memberi fokus kepada pergolakan politik negara itu yang tidak berkesudahan sehingga terlepas pandang keunikan negara itu yang jarang diterokai.

ARTIKEL BERKAITAN: Dibina 2 tahun selepas Titanic, siap ada spot bergambar ala Jack dan Rose... Doulos Phos kini berstatus hotel mewah!

Berikut adalah lima destinasi pelancongan di Myanmar yang mungkin tidak diketahui dan boleh dimasukkan dalam senarai apabila sudah selamat untuk melancong nanti.

1. Air Terjun Dat Taw Gyaint

Air terjun itu terletak di antara Mandalay dan Pyin Oo Lwin. Pemandangannya air jernih dan udara yang segar menanti pengunjung.

Kawasan itu juga dipenuhi dengan landskap kehijauan yang cukup menyegarkan. Pengunjung juga boleh menjelajahi kawasan air terjun Dat Taw Gyaint termasuk merentas hutan.

2. Bukit Mandalay

Bukit Mandalay terletak pada ketinggian 230 meter daripada permukaan laut. Jadi tidak hairan jika pemandangan yang ditawarkan sangat menakjubkan.

Selain dapat melihat keindahan kota Mandalay, pelancong juga dapat melihat jelas beberapa bangunan ikonik Myanmar seperti Mya San Kyaw Palace dan Pagoda Kuthodaw.

3. Denai Inle

Bagi yang ingin mempelajari budaya masyarakat tempatan, Denai Inle adalah pilihan tepat untuk dikunjungi. Memiliki 17 desa, masing-masing menawarkan kebudayaan dan tradisi tersendiri.

Di sini juga pengunjung boleh berbelanja di pasar terapung selain mempelajari tenunan teratai.

4. Black Rock

Black Rock adalah salah satu daripada tiga lokasi menyelam terbaik di Myanmar. Terletak di Tanintharyi, Kepulauan Mergui iaitu 160 kilometer dari Kawthaung.

Aktiviti menyelam di sini memberikan pengalaman melihat pelbagai spesies ikan sesuai dengan namanya Black Rock iaitu magnet ikan.

5. Hpa An

Bagi yang sukakan pemandangan pergunungan, Hpa An adalah destinasi yang patut dijadikan pertimbangan apatah lagi ia menghadap Gunung Zwegabin.

Malah pengunjung boleh berkunjung ke Gua Sadaan yang dibuka kepada orang ramai bagi mendekati keindahan gunung di Myanmar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain