suria

Wow! Langkawi jadi tumpuan... Pantai Cenang antara 25 lokasi pilihan di Asia

Pantai Cenang yang indah biasanya dipenuhi dengan pengunjung.

PANTAI Cenang telah dipilih sebagai salah satu pantai terbaik di Asia oleh pembaca dan pengikut platform pelancongan dalam talian terbesar dunia, TripAdvisor.

TripAdvisor baru-baru ini mengeluarkan edisi pantai menerusi 'Travellers Choice: Best of the best 2021' yang mana menyaksikan 25 pantai di Asia tersenarai.

ARTIKEL BERKAITAN: Warna-warni Kampung Pelangi tarikan terbaharu destinasi percutian keluarga di Selangor

Pantai Cenang yang terletak di Langkawi, Kedah berada di tangga ke-23 dibelakang Pantai Sanur, Bali, Indonesia serta dua pantai di Vietnam iaitu An Bang di Hoi An dan My Khe di Da Nang masing-masing di kedudukan ke-24 dan 25.

Menjadi tarikan utama pelancong di Langkawi, Pantai Cenang menawarkan pelbagai aktiviti sukan air selain terdapat pelbagai restoran, kafe dan pusat jualan cenderamata di sepanjang laluan pantai.



Sebelum pandemik Covid-19, pantai Cenang menjadi tumpuan pelancong.

Sementara itu, negara yang tersenarai paling banyak adalah Thailand dan India iaitu sebanyak lima pantai.

Antara pantai di Thailand yang tersenarai adalah Pantai Nai Harn dan Kata Noi di Phuket, Long Beach di Pulau Phi Phi, Coconut Beach di Phan Nga dan Nong Thale di Krabi.

Manakala India - Pantai Varkala di Kerala, Varca, Cavelossim dan Agonda di Goa seta Pantai Radhanagar di Pulau Havelock yang termasuk dalam Andaman.

Tiga pantai popular di Bali, Indonesia yang turut termasuk dalam senarai adalah Pantai Kelingking, Nusa dua dan Sanur termasuk Pantai Bentota, Hikkaduwa, Mirissa di Sri Lanka.

Filipina tidak ketinggalan dengan dua pantainya tersenarai iaitu Pantai Nacpan di El Nido dan White Beach di Boracay manakala Jepun, Myanmar, Bangladesh dan Korea Selatan turut tersenarai.

Malaysia mungkin mempunyai lebih banyak pantai dan pulau yang menarik berbanding dalam senarai tersebut namun ia adalah undian yang dibuat oleh pembaca dan pengikut TripAdvisor seluruh dunia yang mungkin tidak pernah melancong dan merasai keindahan pantai di Malaysia.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain