suria

Pertama di Asia Tenggara... Jom pusing-pusing naik bas hidrogen di Sarawak

Bas hidrogen tarikan terbaharu di Sarawak.

MASIH ramai yang belum sedar bahawa Kuching, Sarawak merupakan bandar pertama di Asia Tenggara yang memiliki beberapa bas hidrogen untuk kegunaan orang awam secara percuma.

Inisiatif perkhidmatan bas hidrogen percuma oleh Kerajaan negeri Sarawak ini menyediakan dua laluan iaitu Lingkaran Warisan Pusat Bandar yang beroperasi pada setiap hari manakala Lingkaran Damai cuma pada Sabtu dan Ahad sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak balik kampung tak boleh... jom intai 10 lokasi berbuka puasa di Lembah Klang!

Sempena dengan Hari Bumi Sedunia 2021, Spativate telah bekerjasama dengan Sarawak Metro Berhad (Sarawak Metro) dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dalam mengadakan program santai khas di mana hanya tujuh tetamu dari pelbagai industri dijemput untuk menyertai “Council: Hydrogen Bus Tour” baru-baru ini.

Pengasas Spativate, Seph Haini berkata, kebiasaannya program untuk Hari Bumi Sedunia adalah penanaman pokok, gotong-royong dan kempen kesedaran di sekolah namun pihaknya ingin menampilkan kelainan dan bukan sekadar perkongsian teori tentang kelestarian alam.

"Biar mereka rasai sendiri pengalaman menaiki bas hidrogen dan secara tidak langsung mempelajari tentang Agenda Hidrogen Kerajaan Sarawak”, katanya.

Tidak mahu terlalu “mengajar”, program tersebut telah membawa kesemua tetamu khas yang kebanyakannya terdiri daripada golongan belia dari pelbagai industri meneroka bandaraya Kuching dari titik utama Riverside Majestic Hotel Kuching hinggalah ke Damai Central. Perjalanan bas hidrogen yang memakan masa satu jam itu turut memberikan peluang untuk tetamu bersuai kenal dan bertukar pendapat tentang industri masing-masing.



Keadaan bas yang selesa.

“Kami guna pendekatan kreatif dan inovatif, daripada duduk berbincang di dalam bilik mesyuarat seperti biasa, apa kata kita bawa mereka duduk berbincang di dalam bas hidrogen yang membawa mereka ke sekitar bandaraya Kuching," katanya.

Operasi perkhidmatan bas hidrogen tersebut telah disambung semula pada awal bulan Mac 2021 setelah direhatkan selama dua minggu kerana beberapa pemandu bas tersebut merupakan kontak rapat individu positif Covid 19.

“Hal tersebut memang tidak boleh dielakkan oleh mana-mana pihak namun, Sarawak Metro telah mengambil inisiatif untuk merehatkan perkhidmatan kami dimana kesemua bas telah disanitasi dan dinyahkuman. Sekarang, operasi telah berlangsung seperti biasa semenjak awal Mac lalu”, kata Letitia Samuel, Pengurus Media Sarawak Metro.

Bagi program Council: Hydrogen Bus Tour ini, langkah ekstrem diambil dimana kapasiti penumpang program ini telah dikurangkan separuh bagi menjaga jarak sosial antara penumpang.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Tambahan pula, kerjasama strategik melalui program ini mampu memberikan publisiti organik kepada perkhidmatan bas hidrogen kami dan mungkin selepas ini, organisasi luar akan sedar potensi bas hidrogen ini sebagai pengangkutan rasmi bagi program korporat mereka pada masa akan datang”, katanya.

Spativate akan berkolaborasi dengan lebih ramai lagi organisasi kerajaan dan swasta dalam menjadikan projek sosial korporat lebih menarik, interaktif dan berimpak tinggi sekaligus memesrakan lagi topik kelestarian buat orang awam khasnya para belia.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain