SELAIN tarikh dan destinasi untuk melancong, menetapkan tempat duduk di dalam pesawat juga tak kalah penting. Sebabnya, setiap tempat duduk dalam kapal terbang memiliki kelebihannya tersendiri. Contohnya, tempat duduk berdekatan lorong akan memudahkan kita untuk ke tandas atau mencapai tempat letak barang di bahagian atas.ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 34 peratus rakyat Malaysia sudah buat perancangan percutian sehingga akhir tahun - Kajian Manakala duduk di bahagian tengah, boleh membuatkan seseorang berasa selesa dan di tepi tingkap, seseorang dapat melihat pemandangan indah langit dan awan. Tetapi, kerusi berdekatan tingkap ini sebenarnya memiliki satu kelebihan lain - ia adalah tempat duduk terbaik menghindari daripada penyakit. Penularan penyakit di dalam kapal terbang sebenarnya bukan disebabkan oleh kurang peredaran udara tetapi kerana individu-individu yang bergerak di dalamnya. Sebuah kajian yang diterbitkan dalam The Proceedings of the National Academy of Sciences pada 2018 mendapati bahawa orang yang duduk di tempat duduk di lorong mempunyai potensi lebih besar berbanding yang duduk di tepi tingkap untuk dijangkiti penyakit. "Dengan lebih daripada tiga juta penumpang pesawat setiap tahun, penularan penyakit dalam penerbangan merupakan masalah kesihatan global yang penting," tulis kajian itu. Sementara itu, pemilihan tempat duduk bukan satu-satunya penyelesaian dalam melindungi diri ketika menaiki kapal terbang tetapi perlulah menjaga tubuh agar tetap terhidrasi, mengambil vitamin, mengelak minuman berkafien. Dalam waktu pandemik ketika ini, penumpang juga perlu memastikan sentiasa memakai pelitup muka selain menggunakan pencuci tangan dengan kerap. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI