suria

Mahu bercuti cari ketenangan selepas pandemik reda? Ini 10 negara paling santai di dunia

Greece antara 10 buah negara paling santai di dunia dan menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia.

APABILA pergi bercuti, antara perkara yang menjadi perhatian adakah negara yang dilawati dapat memberi ketenangan?

Selain itu, perkara lain yang turut menjadi pertimbangan adalah sama ada ia selamat, tiada masalah kemudahan seperti tempat tinggal, pengangkutan awam dan sebagainya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sahaja dapat tengok pemandangan, tempat duduk tepi tingkap elak dapat penyakit!

LastMinute.com iaitu sebuah ejen pelancongan yang berpangkalan di London baru-baru ini menyenaraikan negara paling santai di dunia hasil daripada kajian menerusi Most Chilled Out Countries in The World yang dibuat pada 2019.

Santai dalam kajian ini mempertimbangkan pelbagai faktor seperti waktu berehat, budaya dan hak asasi manusia. Ini adalah 10 negara paling santai di dunia.

mauritius

1. Mauritius

Mauritius adalah sebuah negara kepulauan yang terletak di barat daya Lautan Hindi dan berjiran dengan Madagaskar. Meskipun ia sebuah negara kecil, tetapi Mauritius mempunyai landskap alam semula jadi luar biasa.

Tidak hanya pantainya yang indah, pencemaran bunyi dan alam juga sangat rendah menjadikan ia destinasi terbaik untuk mereka yang ingin mengurangkan tekanan.

india

2. India

India kaya dengan budaya dan sejarah - ia adalah destinasi utama bagi mereka yang ingin mempelajari yoga, meditasi dan filosofi kehidupan.

greece

3. Greece

Greece dikenali kerana sejarahnya yang amat penting dalam pembentukan peradaban dunia. Negara ini juga memiliki pantai-pantai tropika yang menjadi tumpuan pelancong termasuk dalam kalangan selebriti terkenal dunia.

Terdapat beberapa kawasan yang popular di Greece termasuklah Santorini, Mykonos, Corfu dan Thessaloniki.

filipina

4. Filipina

Filipina dikenali dalam kalangan pengembara kerana pantai-pantainya yang mencapai sehingga 58,000 kilometer. Itu belum termasuk keindahan flora dan fauna serta kawasan yang dilindungi.

Keindahan dan kekayaan budayanya juga membuatkan pelancong gemar berkunjung ke Filipina.

cyprus

5. Cyprus

Menurut legenda tempatan, dewi cinta, Aphrodite dilahirkan di garisan pantai Cyprus menjadikannya ia salah satu lokasi paling suci di pulau itu. Cyprus juga mempunyai suhu sekitar 18 darjah celcius.

sri lanka

6. Sri Lanka

Cuaca yang panas menjadikan Sri Lanka antara destinasi paling santai dan menjadi perhatian pelancong. Sri Lanka juga memiliki keindahan alam tropika dan pantai yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik.

new zealand

7. New Zealand

Dengan 253 ruang hijau terbuka dan pantai yang indah, New Zealand sering menjadi perhatian pelancong kerana keindahan landskapnya selain suhunya yang nyaman sepanjang tahun.

iceland

8. Iceland

Dengan tingkat pencemaran bunyi dan alam yang sangat rendah, Iceland memberi peluang kepada pengunjung untuk menikmati pemandangan dan salah satu fenomena terbesar dan unik di dunia iaitu Northern Lights dan Blue Lagoon.

australia

9. Australia

Australia antara negara paling santai di dunia kerana mempunyai 30 hari cuti tahunan, pantai yang indah selain 187 ruang menghijau terbuka untuk dinikmati.

indonesia

10. Indonesia

Indonesia adalah negara kepulauan terbesar di dunia yang memiliki garisan pantai terbesar di dunia dengan suhu rata-rata mencecah 25 darjah celcius. Perkara itu membuatkan Indonesia destinasi paling sesuai bagi pelancongan untuk menikmati kehangatan sinaran mataharinya.

Artikel Lain