suria

Indahnya malam... pemuda ini kongsi nikmat tidur dalam pondok terapung berlatar belakangkan bunyi unggas

Azrul pada mulanya seram untuk tidur di pondok terapung ini, namun semuanya hilang ditelan kedinginan malam serta ketenangan alam semulajadi

BAYANGKAN ketenangan apabila dapat tidur berlangitkan bulan dan bintang, berlatarbelakang bunyi unggas serta aliran sungai sambil merasai sendiri alunan air yang mengalir.

Begitu asyik rasanya tidur didodoi nikmat alam!

Berkongsi pengalamannya bermalam di atas pondok terapung yang dibina bapanya, Azrul Syahrizan Ab Rahman, 40, berkata, dia mengakui pada mulanya 'seram' hendak bermalam di pondok tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Gerai diserbu selepas pekerjanya dikesan iras aktor Thai... tuan badan terus Google, tonton drama lakonannya - “Dia lagi kacak, saya biasa saja”

ARTIKEL BERKAITAN: Syarikat penerbangan tutup, pemuda ini percaya jualan mampu cecah RM2 juta kerana niatnya mahu bantu orang lain ketika pandemik

Bagaimanapun perasaan itu hilang ditelan kedinginan malam selain dapat merasai ketenangan yang sudah lama tidak dikecapi.



Suasana di pondok terapung pada waktu malam.

Pondok hasil binaan bapanya, Pak Embong, nampak simple namun cukup untuk membuatkan Azrul sekeluarga berehat dengan tenang terutama sekali selepas berkebun.

"Minggu lepas tidur sini, seram sejuk juga sebab atas air... waktu malam terbayang scene seram macam dalam filem Hollywood.

"Tapi bila dengar bunyi unggas dan deruan sungai, semua ketakutan, kepenatan terus hilang.

"Bila malam memang gelap kat luar, sesekali bunyi cengkerik dan burung liar, cukup indah sebenarnya" ceritanya.

242323268_10223211447967735_4274908080629202449_n

Berkayak dan memancing antara aktiviti yang boleh dilakukan.

Menurut Azrul, pondok terapung itu tersebut terletak di dalam kolam buatan yang dibina di chalet kendalian keluarganya Chalet Pak Embong di Kampung Ulu Sungai, Batu Malim, Raub, Pahang.

Menurutnya, pondok yang didirikan dengan anggaran kos RM4,000 itu dibina sedikit demi sedikit sejak tahun 2019.

"Pondok ni boleh bergerak dan dialihkan.

"Bila waktu malam kita akan tarik ke tengah kolam untuk mengelak binatang buas yang mungkin tertarik dengan lampu pada pondok," katanya.



Pondok terapung ini boleh bergerak dari satu hujung ke satu hujung yang lain.

Selain merasai keindahan alam sekitar, antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini adalah memancing ikan sungai termasuk ikan dari spesis berharga iaitu kelah.

"Ikan sungai memang banyak, ada ikan haruan, sepat, belida, terbul, sebarau dan kalau ada rezeki boleh dapat ikan kelah.

"Selain tu ada juga kebun buah-buahan, getah dan sawit yang diuruskan ayah yang sudah bersara dengan adik.



Kebun Pak Embong ada pelbagai jenis buah-buahan termasuk durian.

"InsyaAllah, sesiapa yang tinggal di chalet ni boleh dapat makan macam-macam buah... percuma je! Ada durian, rambutan, manggis langsat, tapi jika musim la," jelasnya.

Menurut Azrul yang menetap di Johor, chalet tersebut baru sahaja dibuka lebih kurang seminggu, selepas terpaksa ditutup akibat penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Untuk maklumat lanjut boleh melayari laman Facebook Chalet Pak Embong.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain