suria

Pelayaran sulung Mac 2022... Kapal persiaran terbesar dunia bawa 6,988 tetamu memang sempoi, ruang rock climbing pun ada!

Wonder of the Seas secara rasmi akan melakukan pelayaran sulungnya pada Mac 2022 dari Fort Lauderdale, Florida.

KAPAL pelayaran terbesar di dunia milik Royal Caribbean, Wonder of the Seas secara rasmi akan melakukan pelayaran sulungnya pada Mac 2022 dari Fort Lauderdale, Florida, Amerika Syarikat.

Dengan ukuran 362 meter panjang dan lebar 64 meter, Wonder of the Seas akan mengambil gelaran kapal pelayaran terbesar di dunia daripada ‘adiknya’, Symphony of the Seas yang juga merupakan milik Royal Caribbean.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sahaja pencakar langit, Dubai kini miliki kolam renang paling dalam di dunia... Ketahui 10 fakta menarik Deep Dive Dubai!

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu bercuti cari ketenangan selepas pandemik reda? Ini 10 negara paling santai di dunia

Bukan sahaja mempunyai ukuran yang mengagumkan, kapal ini turut mempunyai banyak ciri hebat termasuk lapan kawasan kejiranan, mesin ombak di atas kapal, taman yang besar, gelongsor tertinggi di laut, kawasan rock climbing dan banyak lagi.



Wonder of the Seas akan menjadi kapal persiaran terbesar dunia menewaskan Symphony of the Seas.

Hiburan lain termasuk pertunjukan teater secara langsung, zipline setinggi 10 dek, gelanggang bola keranjang dan bola tampar, padang golf mini, pertunjukan AquaTheater, serta pusat spa dan kecergasan.

Ia boleh memuatkan sehingga 6,988 tetamu dan 2,300 anak kapal di dalam 16 dek dengan 24 lif tetamu.

Malah terdapat suite keluarga yang mampu memuatkan sehingga 10 pengunjung!

Antara bandar-bandar terkemuka dunia yang menjadi tempat persinggahan Wonder of the Seas adalah Rome, Barcelona, Naples, Majorca, Valencia, Provence, Capri dan Florence.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain