suria

Mahu mengembara jauh, tapi tak nak lemau? Pakar dedah 7 petua elak jet lag di musim panas

Berasa kepenatan apabila mengembara untuk perjalanan yang jauh. foto AFP

DENGAN musim panas di kebanyakan negara di dunia, ramai yang mengambil peluang untuk bercuti pada musim panas.

Ini bermakna anda akan melalui penerbangan lebih jauh. Itu belum lagi dengan kelewatan jadual penerbangan yang tentunya memenatkan.

Merentasi beberapa zon waktu ternyata mengujakan kerana anda menuju ke destinasi baharu atau eksotik, tetapi mengambil masa untuk anda menyesuaikan diri.

Pakar kesihatan di Zeal CBD melihat situasi mengenai apa yang boleh anda lakukan sebelum, semasa dalam penerbangan dan selepas ketibaan anda untuk mengurangkan gejala jet lag.

Jom ketahui tujuh perkara yang boleh anda lakukan (dan tidak sepatutnya dilakukan oleh pasangan) untuk membantu anda mengatasi jet lag ketika bercuti:

Semasa penerbangan

jet lag minum air

Minum air bagi mengelakkan dehidrasi.

1. Minum air

Semasa penerbangan anda, salah satu perkara paling penting yang boleh anda lakukan untuk membantu mengurangkan tanda-tanda jet lag adalah kekal terhidrat. Dehidrasi ringan adalah perkara biasa semasa menaiki kapal terbang, jadi pastikan anda minum banyak yang boleh membantu anda menangatasi gejala jetlag.

Jangan minum terlalu banyak kafein atau alkohol. Kedua-dua perkara ini cenderung menyebabkan anda dehidrasi, dan jika anda ingin tidur semasa penerbangan, anda harus mengelakkan daripada pengambilan kopi.

2. Kekal aktif

Mungkin kelihatan sukar untuk kekal aktif semasa penerbangan, tetapi ini boleh menjadi sesuatu yang mudah seperti bangun dan berjalan di sekitar kabin, ke tandas, atau hanya berdiri untuk meregangkan badan yang boleh membantu melawan perasaan jet lag apabila anda tiba di destinasi.

Pergerakan digalakkan dalam penerbangan yang jauh untuk meningkatkan peredaran darah dan memastikan anda sentiasa selesa sepanjang tempoh tersebut. Selain itu, terdapat juga senaman yang boleh dilakukan dari tempat duduk anda.

3. Dapatkan tidur yang cukup

Jika anda menaiki penerbangan pada waktu malam, tidur di dalam kapal terbang boleh membantu anda menyesuaikan diri dengan perubahan masa apabila mendarat. Ini adalah salah satu faktor yang paling penting bagi membantu menangani perasaan keletihan yang sering menyebabkan jet lag.

Keletihan boleh terjadi kerana kekurangan rehat dan perubahan masa. Kadang-kala, tidur di dalam kapal terbang boleh menjadi sukar, tetapi cuba berehat dan lihat sekiranya anda boleh mengantuk sebelum mendarat.

jet lag topeng mata 2

Menggunakan topeng mata bagi memudahkan untuk tidur.

4. Guna topeng mata

Jika anda sukar untuk tidur, terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan yang dapat membantu. Jika kabin terlalu terang, otak anda tidak akan tahu bahawa sudah tiba masanya untuk berehat, jadi menggunakan topeng bagi menghalang sebarang cahaya boleh membantu. Penyumbat telinga juga baik untuk menghalang bunyi bising kabin dan salah satu cara yang membuatkan anda tidur tanpa gangguan.

Selepas ketibaan.

5. Tukar jadual tidur anda.

Apabila tiba di destinasi, anda mungkin berasa letih, terutama jika anda merentasi beberapa zon waktu yang berbeza. Sebaik sahaja mendarat, anda harus menyesuaikan diri dengan destinasi baharu dan tidur pada waktu biasa anda.

Salah satu cara untuk melawan keinginan untuk tidur sebelum waktu tidur ialah kekal aktif, teruskan bergerak sehingga tiba masa untuk tidur. Ini akan membantu anda menyesuaikan diri dengan lebih cepat.

Jangan tidur siang hari. Ini hanya akan menyukarkan badan anda untuk membiasakan diri dengan jadual baharu dan boleh memburukkan simptom jet lag anda.

jet lag alarm relaxnews

Tetapkan 'alarm' untuk memastikan anda tidak tidur berlebihan.

6. Tetapkan alarm.

Menetapkan alarm pada waktu pagi merupakan cara yang baik untuk memastikan anda tidak tidur berlebihan dan boleh membantu anda membiasakan rutin baharu dengan lebih mudah dan cepat.

Tidur pada waktu tidur destinasi anda, bermakna bangun pada waktu sama juga. Ini boleh membantu mengurangkan gejala jet lag anda, supaya anda boleh menikmati percutian!

7. Berada di luar.

Apabila tiba di destinasi, pastikan anda keluar untuk mendapatkan cahaya semula jadi. Cahaya matahari boleh membantu badan anda menyesuaikan diri dengan perubahan masa.

Ia juga membantu untuk memastikan anda sentiasa aktif dan peka, amat baik apabila anda cuba berjaga. Jika cuaca buruk, pilih tempat dengan lampu terang yang akan membantu anda kekal bertenaga. Pastikan anda keluar dan meneroka, badan anda akan dapat menyesuaikan diri. - ZEAL CBD

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain