suria

Teruja nak ke luar negara? Pastikan buat 3 perkara ini sebelum kemas bagasi

Ramai yang mula merancang ke luar negara. foto Freepik / Lifestylememory

PASTINYA hati anda meronta-ronta ingin melancong ke luar negara sebaik sempadan negara ini dibuka selepas lebih dua tahun akibat pandemik.

Bermacam-macam destinasi disenarai pendek, hanya buat tempahan ke mana saja anda suka.

Namun harus diingatkan, disebabkan Covid-19, perjalanan ke luar negara tidak semudah dulu yang anya memerlukan pasport dan mendapatkan visa.

Perjalanan ke luar negara kini tidak sama seperti dahulu sejak tercetusnya pandemik, maka adalah penting untuk memeriksa peraturan dan mengemaskini senarai to-do-list semasa merancang percutian anda.

Bukan sekadar buku merah jangan lupa bawa, tiga perkara ini perlu anda ketahui dan rancang terlebih dahulu sebelum ke luar negara:

1. Periksa polisi pembatalan

Apabila menempah bilik hotel dan membeli tiket ke lokasi-lokasi tumpuan pelancong secara dalam talian, anda perlu ambil tahu tentang polisi pembatalan dan bayaran balik.

Sekiranya sesuatu yang tidak dijangka berlaku, anda mungkin perlu membatalkan atau menangguhkan percutian.

Walaupun agak mengecewakan, pastinya anda tidak mahu dibelenggu dengan masalah percutian dan tiket-tiket yang tiada bayaran balik (non-refundable). Sebaiknya, sentiasa bertanya dan membuat pilihan yang membolehkan anda melakukan perubahan di saat akhir.

Bagi memastikan anda sentiasa mempunyai maklumat berkaitan hal ini sekiranya berlaku sebarang pertikaian, simpan maklumat tersebut di dalam telefon anda atau mencetak salinan dokumen-dokumen tersebut. Anda tidak akan tahu bila ia diperlukan.

travel luar negara freepik rawpixel com

Mengembara ke luar negara kini bukan lagi hanya membawa pasport dan bagasi semata-mata. foto freepik rawpixel.com

2. Periksa polisi vaksinasi dan ujian Covid-19 negara destinasi

Bergantung kepada destinasi percutian, ujian, tempoh kuarantin, dan polisi vaksinasi Covid-19 adalah berbeza. Jika anda tidak mendapatkan maklumat tentang hal ini, ia mungkin boleh merosakkan rancangan percutian anda.

Sebagai langkah selamat, kami mencadangkan anda mengambil suntikan dos penggalak memandangkan pelancong yang divaksin sepenuhnya secara amnya diterima atau tidak mempunyai sebarang sekatan perjalanan.

Jangan lupa untuk membawa beberapa kit ujian kendiri Covid-19 kerana ujian yang dilakukan secara berkala boleh memberikan ketenangan fikiran, lebih-lebih lagi jika anda berasa kurang sihat semasa perjalanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ini 4 negara yang udaranya paling bersih di dunia!

Kita semua tahu bahawa kehidupan ini dipenuhi perkara yang tidak diduga. Walaupun setelah melakukan pelbagai persiapan, mematuhi semua peraturan dan undang-undang yang ditetapkan, kita masih lagi boleh terdedah dan dijangkiti Covid-19.

Selain berasa tidak sihat, sekiranya anda disahkan positif Covid-19 ketika bercuti di luar negara, anda mungkin dibebani dengan masalah kewangan yang tinggi! Kos rawatan dan kuarantin yang tidak dijangka perlu dikeluarkan kerana anda perlu menjalani tempoh kuarantin di negara asing.

travel luar negara freepik fabrikasimf

Perlindungan insurans / takaful menawarkan perlindungan perjalanan luar negara. foto Freepik / Fabrikasimf

3. Dapatkan insurans/ takaful perjalanan

Perlindungan insurans/ takaful perjalanan jarang sekali dimasukkan dalam senarai utama kita setiap kali merancang percutian. Ini kerana kebiasaannya kita fikir tiada perkara yang tidak diingini akan berlaku.

Namun, kita kini berada di zaman yang berbeza di mana satu ujian Covid-19 yang menunjukkan keputusan positif mampu menghancurkan rancangan percutian anda.

Terdapat pelbagai pilihan pelan insurans perjalanan di pasaran yang dapat memenuhi keperluan dan bajet anda.

Walau bagaimanapun, AIA baru-baru ini melancarkan tawaran Perlindungan Perjalanan Luar Negara Percuma (Free Overseas Travel Shield) yang menyediakan perlindungan terhadap gangguan percutian apabila disahkan positif Covid-19.

Perlindungan Perjalanan Luar Negara Percuma menyediakan:

⦁ Elaun tunai sebanyak RM100 sehari untuk kuarantin Covid-19 semasa melancong di luar negara

⦁ Pembayaran balik tunai sehingga RM1,000 untuk kos tiket penerbangan disebabkan pembatalan perjalanan ke luar negara

Untuk maklumat lanjut mengenai Perlindungan Perjalanan Luar Negara Percuma AIA, layari www.aia.com.my/OTS

Sehubungan itu, jangan biarkan Covid-19 atau kuarantin wajib memberi kesan terhadap kewangan dan emosi anda. Buat perancangan awal sebelum bercuti supaya anda mempunyai akses terhadap sumber dan informasi yang diperlukan serta memanfaatkan sokongan dan faedah yang disediakan sebaik mungkin.

Jadi, tunggu apa lagi? Jom pergi bercuti!

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain