AWAS! Kerajaan Indonesia melaporkan peningkatan kes jangkitan Covid-19 subvarian Omicron XBB di Batam. Difahamkan, punca wabak tersebut merebak adalah disebabkan lokasinya terletak berhampiran Singapura. ARTIKEL BERKAITAN: Orang lelaki jangan malu-malu periksa alat sulit... Hidap kanser prostat bukan bererti gelap masa depan Seperti diketahui, Singapura merekodkan jangkitan wabak yang tinggi dalam tempoh sehari kerana varian Omicron XBB disifatkan lebih mudah menular berbanding varian sebelumnya. Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Kesihatan Indonesia, Budi Gunadi Sadikin berkata, sebanyak 48 kes jangkitan membabitkan subvarian baharu itu dilaporkan di Batam. Pun begitu, katanya, daripada jumlah tersebut kebanyakan pesakit mengalami gejala ringan. Batam mempunyai 48 kes jangkitan XBB.Batam mempunyai 48 kes jangkitan XBB. "Varian XBB paling banyak di Batam kerana lokasi tersebut berhampiran Singapura. "Sehingga Oktober, subvarian yang mendominasi jangkitan adalah BA4 dan BA5... XBB pula merebak bermula pertengahan bulan lalu," jelasnya. Difahamkan, varian Omicron XBB boleh mengatasi sistem ketahanan tubuh. Walaubagaimanapun, mereka yang dijangkiti direkodkan hanya mengalami gejala ringan sahaja. Varian XBB juga dikenal pasti merebak dengan cepat. - Okezone Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI