SETIAP kali musim cuti sekolah, pastinya Sunway Lagoon menjadi salah satu destinasi pilihan untuk meluangkan masa bersama anak-anak dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan. Terbaharu, taman tema itu kini turut dibuka pada waktu malam menerusi Sunway Lagoon Night Park yang menjadi hab untuk pelbagai aktiviti menarik. Tampil dengan tema Wild Wild West, suasana malam di taman tema itu ternyata memberi feel berbeza yang pastinya akan membuatkan anak-anak teruja. Kandang lembu mini Farm Fresh tarikan terbaharu Sunway Lagoon Night Park. Salah satu tarikan terbaharu adalah Kandang Lembu Mini Farm Fresh yang dibangunkan dalam usaha memberi edutaiment kepada pengunjung terutama golongan kanak-kanak. Jadi jangan terkejut jika anda melihat dua ekor lembu yang dikenali sebagai Holly dan Koci di zon pembelajaran taman tema itu. ARTIKEL BERKAITAN: Mood cuti akhir tahun kembali, ke mana kita? Ini 3 destinasi menarik anda wajib travel! ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia tersenarai dalam 5 negara terbaik bagi Anugerah Gold Circle Agoda ke-14 Tidak hanya dapat melihat haiwan-haiwan ini dengan lebih dekat, malah anak-anak juga boleh mempelajari tentang proses memerah susu segar. Bagi penggemar boba, jenama minuman Farm Fresh iaitu Jom Cha boleh didapati, yang menawarkan 20 jenis perisa daripada enam kategori berbeza seperti susu segar, yogurt dan susu berasaskan tumbuhan. Selain Jom Cha, terdapat beberapa gerai lain yang menjual makanan seperti Cubes Pizza, Nestle Ice-cream, Crispy Fried Chicken dan Sunway Lagoon Beverages Counter. Antara permainan menjadi tarikan pengunjung. Selepas mengutip ilmu di Zon Pembelajaran, tiba masanya menikmati pelbagai permainan di Sunway Lagoon Night Park yang diilhamkan daripada Old American West. Bukan itu sahaja, tujuh tunggangan menjadi satu kemestian terutama bagi mereka yang mempunyai anak yang aktif. Antara tarikan lain adalah pengembaraan bersenjata, kumpulan muzik desa dan pertunjukan tarian. Ketua Pegawai Kewangan dan Ketua Pembangunan Perniagaan Sunway Theme Parks, Kong Beng Kuin, berkata, tarikan terbaharu itu melangkau sempadan daripada taman tema konvensional kepada kontemporari yang menyeronokkan dan dapat memberi ilmu. Persembahan turut menghiburkan pengunjung. Malah berharap ia dapat mengalu-alukan lebih ramai tetamu antarabangsa dan meningkatkan industri pelancongan tempatan. "Taman tema malam sangat sesuai untuk pengunjung yang mencari pengembaraan menyeronokkan tanpa henti dan mereka pastinya akan bercerita tentang pengalaman pada tahun-tahun mendatang," katanya. Sunway Lagoon Night Park beroperasi setiap hari dari pukul 6.30 petang hingga 11 malam. Tiket masuk dijual pada harga RM60 (dewasa) dan RM55 (kanak-kanak). Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI