suria

Jumpa tawaran murah? ‘Beku’ harga siap-siap dengan Price Freeze di Agoda... Bayar ‘booking’ je dulu!

Menerusi Price Freeze, pelanggan boleh membekukan harga sebelum mengesahkan tempahan. Gambar hiasan

HUJUNG tahun adalah waktu sesuai yang dimanfaatkan oleh kebanyakan orang untuk bercuti bersama keluarga kerana serentak dengan musim cuti persekolahan.

Sudah tentu rata-ratanya ingin mendapatkan tawaran harga yang terbaik ketika membuat rancangan untuk bercuti.

Usah gusar! Platform tempahan penginapan serantau, Agoda, kini menampilkan ciri baharu buat pengguna iaitu Price Freeze.

Ciri ini membolehkan para pelanggan mendapatkan tawaran menarik dengan membayar wang pendahuluan untuk membekukan harga sebelum mengesahkan tempahan penginapan dalam tempoh 14 hari.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia tersenarai dalam 5 negara terbaik bagi Anugerah Gold Circle Agoda ke-14

"Ada kalanya pengguna masih tidak bersedia untuk memberikan komitmen sepenuhnya kepada tempahan mereka dan memerlukan masa untuk membuat keputusan, tetapi mereka tidak seharusnya melepaskan tawaran terbaik tersebut.

"Dengan memperkenalkan teknologi Price Freeze di platform Agoda, kami mampu menawarkan lebih banyak fleksibiliti, pilihan dan harga yang terbaik kepada semua," kata Ketua Pegawai Eksekutif Agoda, Omri Morgenshtern.

Apa yang menarik, pengguna tidak perlu membayar lebih walaupun kos penginapan berkemungkinan naik atau turun dalam tempoh Price Freeze, sebaliknya mereka akan turut menikmati penjimatan sekiranya harga tersebut turun.

Jika pengguna memilih untuk tidak menempah semasa tempoh Price Freeze yang ditetapkan, hanya wang pendahuluan yang telah dibayar akan ditolak. Sungguh mengujakan, bukan?

Ciri Price Freeze ini kini tersedia pada desktop dan web peranti mudah alih dan bakal diperluaskan ke peringkat global dan semua platform Agoda mulai awal tahun 2023.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain