suria

Macam masuk dunia dongeng, siap boleh ‘feeling’ main salji di Pergunungan Alps... Hiasan Krismas di 8 mall ini buat anda gila OOTD

Dekorasi Krismas di One Utama menampilkan suasana Pergunungan Alps di Switzerland.

SETIAP kali menjelang musim perayaan, pusat beli belah pasti tidak akan ketinggalan menghasilkan dekorasi bagi memeriahkan dan menyemarakkan lagi sambutan bersama para pengunjung.

Sebagaimana tahun-tahun sebelum ini, dekorasi sempena Hari Krismas adalah antara yang meriah lebih-lebih apabila serentak dengan cuti persekolahan.

Jangan biarkan cuti anak-anak anda berlalu dengan membosankan tanpa melakukan sebarang aktiviti.

Inilah masa terbaik untuk mengeratkan hubungan bersama anak-anak.

ARTIKEL BERKAITAN: Bosan duduk rumah? Jom hangatkan sambutan Krismas di Plaza Sungei Wang

Sambil-sambil mencuci mata di pusat beli belah, jangan lupa ambil seberapa banyak gambar OOTD (outfit of the day) di dekorasi Krismas.

Bagi menyemarakkan lagi sambutan Krismas, Tourism Selangor membantu anda menyenaraikan lapan pusat beli belah dengan hiasan Krismas menarik untuk dikunjungi:

1) Sunway Pyramid, Subang Jaya

sunway pyramid

Tema untuk hiasan Krismas Lion tahun ini dipanggil Wander Wonder, di mana ia dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan gergasi yang cantik, cendawan bercahaya, rama-rama dan juga pari-pari untuk anda merasai keajaibannya.

Apa yang menarik, beberapa hiasan dibuat daripada bahan kitar semula dalam usaha memelihara kelestarian alam sekitar.

2) 1 Utama Shopping Centre, Petaling Jaya

ou 1

Hiasan Krismas pada tahun ini bertemakan Alps. Ia menampilkan suasana Pergunungan Alps di Switzerland yang terletak di atas terowong kereta api.

Jangan lepaskan peluang berjalan-jalan ke replika bandar Pergunungan Alps di atas laluan berbatu atau bergambar dalam gerabak vintaj kereta api wap British untuk pulang semula ke masa lalu!

Memang port wajib untuk OOTD!

3) Setia City Mall, Shah Alam

setia city

Bak istana yang besar, pengunjung pasti terpegun dengan hiasa Krismas bertemakan Winter Wonderland.

Dekorasi ini dihias dengan lampu yang berwarna-warni di atas istana indoor yang besar. Jangan lepaskan peluang meneroka kawasan bersalji yang dikelilingi penguin dan rusa kutub yang bercahaya.

Ibarat berada di kawasan kutub! Anda juga boleh bergambar di bawah kubah akrilik.

Lebih menarik, terdapat persembahan pada hujung minggu seperti Meet and Greet bersama Santa, lagu Krismas dan Tarian Ballerina.

4) The Curve, Damansara

the curve

Nikmati musim percutian ini bersama Enchanted Christmas Celebration di The Curve, Damansara.

Pengunjung juga boleh bergambar bersama Santa dan sleigh (kereta luncur salji) yang besar dan dipenuhi dengan hadiah di lantai G (ground floor).

Pengunjung juga pasti terkesima dengan dekorasi bertemakan warna merah, putih dan hijau yang klasik serta dihiasi emas.

Pengunjung juga akan disajikan dengan persembahan daripada sekumpulan pari-pari sempena musim percutian ini.

5) Mitsui Outlet Park KLIA, Sepang

mitsui

Saksikan hiasan Krismas yang dipenuhi dengan boneka arnab yang comel di Bunny Wonderland, Mitsui Outlet Park KLIA, Sepang.

Pengunjung boleh meneroka alam ajaib yang penuh dengan pokok Krismas dan meja yang dihias bertemakan 'tea party'.

Oh ya, anak-anak anda juga berpeluang menyertai bengkel seni dan kraf Krismas sebagai salah satu aktiviti yang menyeronokkan untuk mengisi masa lapang mereka.

Jangan lupa melawat ke Christmas Market juga!

6) Paradigm Mall, Petaling Jaya

paradigm

Rasai pengalaman melihat salji di Elf Village, Paradigm Mall pada musim percutian ini.

Ambil maklum bahawa salji akan 'turun' pada hujung minggu, pukul 1 petang dan 5 petang.

Jadi jangan ketinggalan merasai sendiri pengalaman ini! Nikmati juga persembahan lagu Krismas, pertunjukan bakat, muzik dan koir sambil meraikan percutian ini bersama Santa dan pembantu elf!

7) Central Icity, Shah Alam

central icity

Jika anda berkunjung ke Central iCity Shah Alam, lawati Brown dan Cony di rumah Linefriends di Central Concourse, lantai G (ground floor).

Ambil gambar bersama watak yang comel daripada aplikasi Line serta pokok Krismas yang menjulang tinggi.

Malah terdapat pelbagai aktiviti menarik untuk anda lakukan.

8) IOI Mall, Puchong

ioi

Raikan 'Merry Fairy Christmas' di IOI Mall Puchong! Pelawat akan menikmati hari yang menggembirakan di alam ajaib bertemakan pari-pari yang dipenuhi cendawan hutan, fairy lamps serta persembahan daripada sekumpulan pari-pari.

Pengunjung juga boleh menyertai bengkel penghasilan perhiasan Krismas serta menikmati pertunjukan yang menarik.

Ahli IOI Kids Club juga berpeluang untuk menyertai bengkel kraf perayaan sepanjang bulan ini! Ayuh, mari beramai-ramai terokai dunia dongeng yang penuh kilauan di IOI Mall Puchong!

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain