suria

B40 pun boleh pusing dunia... Ini senarai 5 kota paling murah di Eropah, sesuai untuk backpacker

Beberapa kota di Eropah boleh diterokai tanpa mengeluarkan belanja besar. Foto: 123rf.com.

EROPAH merupakan salah satu destinasi percutian yang menjadi impian pengembara dari seluruh dunia.

Namun ramai yang membiarkan impian itu terus menjadi angan-angan kerana menganggap aktiviti pelancongan sebagai hobi yang mahal.

Meskipun bergelar golongan B40, anda masih boleh mengunjungi destinasi pelancongan dunia dengan alternatif yang ada.

Bagi backpacker yang mencari destinasi percutian bajet misalnya, beberapa kota di Eropah ini boleh dimasukkan dalam wish list anda.

1. Athens, Greece

Tinjauan City Costs Barometer yang dibuat oleh Post Office dan Conde Nast Traveller menyenaraikan Athens sebagai bandar termurah untuk percutian di Eropah.

Athens, Greece merupakan salah satu destinasi bajet pilihan backacker seluruh dunia. Foto: S.Borisov/Shutterstock.

Athens merupakan salah satu destinasi bajet pilihan backacker seluruh dunia. Foto: S.Borisov/Shutterstock.

Menurut tinjauan itu, purata jumlah kos percutian singkat di Athens hanya memakan belanja sekitar €207.18 (RM972.24).

Jika berkesempatan ke sana, jangan lupa lawati lokasi pelancongan ikonik seperti Parthenon dan Acropolis.

2. Lisbon, Portugal

Lisbon disenaraikan sebagai bandar kedua termurah di Eropah untuk percutian.

Jumlah purata kos percutian singkat di Lisbon hanya memakan belanja €218.03 (RM1,023.11)

Walaupun Lisbon terkenal dengan restorannya yang popular, pengembara backpacker masih boleh menjamu selera pada harga yang rendah.

Beberapa destinasi pelancongan terkenal di Lisbon termasuk Biara Jeronimos, St. George dan Praca do Comercio.

3. Budapest, Hungary

Budapest ialah ibu kota dan bandar terbesar di Hungary.

Tidak lengkap kunjungan ke Sepanyol jika tidak berjalan-jalan di sekitar Madrid. Foto: PIXABAY/elcodigodebarras.

Tidak lengkap kunjungan ke Sepanyol jika tidak berjalan-jalan di sekitar Madrid. Foto: PIXABAY/elcodigodebarras.

Menurut tinjauan, jumlah purata kos percutian singkat di Budapest ialah €220.95 (RM1,036.81).

Beberapa destinasi pelancongan menarik di Budapest termasuk Fisherman's Bastion, Istana Buda, Sungai Danube, Jambatan Rantai Szechenyi dan Gereja Matthias.

Budapest juga telah dimasukkan dalam senarai 20 bandar terbaik Conde Nast Traveler untuk tahun 2018.

4. Madrid, Sepanyol

Madrid merupakan ibu kota dan bandar terbesar Sepanyol.

Tinjauan menyatakan jumlah purata kos percutian singkat di Madrid ialah €298.81 (RM1,402.27) sahaja.

Berlin merupakan kota paling besar di Jerman. Foto: KKDay Image Resources.

Berlin merupakan kota paling besar di Jerman. Foto: KKDay Image Resources.

Bandar ini terletak di tebing Sungai Manzanares, di tengah-tengah Sepanyol.

Beberapa destinasi popular di Madrid termasuk Istana Diraja Madrid, Plaza Mayor, Plaza de Espana dan banyak lagi.

5. Berlin, Jerman

Berlin merupakan ibu negara Jerman serta bandar terbesar di negara itu.

Menurut tinjauan yang dibuat, jumlah purata kos percutian singkat di Berlin ialah €316.97 (RM1,487.38).

Bandar ini merupakan salah satu destinasi pelancongan yang dikunjungi ramai pelancong asing.

Beberapa tarikan popular di Berlin termasuk Gerbang Brandenburg, Bangunan Reichstag, Tembok Berlin, Memorial Holocaust dan lain-lain. - Kompas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain