suria

“Biasanya tiga orang buat kerja seluk saku” - Wanita kongsi 7 tip elak bahaya ketika travel solo, antaranya kena jadi selfish

Semakin ramai memilih melancong secara solo pada masa ini. -Gambar The Star Izzrafiq Alias

RANCANGAN melancong bersama rakan yang asyik tergendala menyebabkan ramai yang memilih untuk bercuti secara solo.

Meskipun faktor risiko dan keselamatan menjadi kebimbangan, namun ramai saja yang mencubanya termasuklah golongan wanita.

Ini beberapa tip daripada Zalea yang boleh dijadikan panduan bagi memudahkan urusan anda ketika travel solo.

Mana tidaknya, kalau dah solo pastinya sukar untuk meminta bantuan orang lain dalam situasi tertentu seperti menangkap gambar.

1. Jangan 'over' ramah

Kalau orang lain tanya, beritahu mereka anda datang dengan pasangan atau keluarga tapi berpecah sekejap.

Jangan maklumkan anda sendirian, mahu lebih selamat pakai cincin tanda sudah ada pasangan.

Pastikan bersikap penting diri ketika mengembara berseorangan. -Gambar The Star Izzrafiq Alias

Pastikan bersikap penting diri ketika mengembara berseorangan. -Gambar hiasan The Star

2. Sediakan itinerari

Tulis itinerari lengkap termasuk butiran lain seperti resit tempahan hotel dan tiket-tiket untuk masuk ke tempat pelancongan seperti Disneyland.

Ini bagi mengelakkan daripada terjadi masalah semasa di lapangan terbang.

3. Jangan terlampau baik

Kadang-kadang sikap yang terlampau baik boleh memudaratkan seperti di lapangan terbang, jangan peduli kalau ada yang minta tolong pegangkan beg.

Berdepan situasi ini, sentiasa ingatkan diri sendiri bahawa mereka sedang cuba jadikan anda keldai dadah.

Pentingnya jadi selfish kalau dekat lapangan terbang... orang lain ambil tempat duduk kita pun, sila 'usir'.

4. Sentiasa kongsi keberadaan

Jangan lupa untuk kongsikan live location dengan keluarga atau kawan terdekat.

Pastikan sentiasa memaklumkan kepada mereka apa yang dilakukan setiap hari.

Keperluan untuk melancong perlu diberi perhatian sewajarnya apabila melancong sendirian. -Gambar The Star Art Chen

Banyak perkara perlu diberi perhatian terutama apabila melancong sendirian. -Gambar hiasan The Star

5. Cari hotel dekat dengan kemudahan, ramai orang

Jangan pergi check-in dekat rumah atas pokok dalam hutan pula.

Elakkan tempat-tempat sunyi dan kalau boleh ambil yang berdekatan balai polis dan hospital.

6. Jaga bagasi dan beg tangan

Di luar negara ni ramai penyeluk saku dan sudah ramai yang hilang bagasi walaupun bersaiz besar.

Biasanya penyeluk saku ada tiga orang yang 'bertugas' iaitu yang pertama mengalihkan perhatian anda, curi dan kemudian bagi barang kepada seorang lagi.

7. Sentiasa bawa barang penting

Bagi memudahkan urusan dan langkah kecemasan, pastikan sentiasa bawa alat seperti bidet, SOS keychain, compressor bag dan vakum, tripod serta travel dispenser.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain