suria

Percutian santai, penuh gaya di Villea Port Dickson! Bilik selesa, boleh buat bermacam aktiviti... Paling best BBQ menghadap laut

Villea Port Dickson menjanjikan suasana yang menarik khususnya untuk percutian keluarga.

SEBUT sahaja Port Dickson, Negeri Sembilan, pasti ramai yang mengimpikan suasana peranginan di pantai sambil melakukan pelbagai aktiviti.

Keselesaan penginapan juga penting terutama mereka yang merancang percutian bersama keluarga.

Bagi yang mencari destinasi percutian yang merangkumi kesemua aspek ini, Villea Port Dickson haruslah berada dalam senarai utama.

Ruangan makanan yang luas memberi keselesaan kepada tetamu

Ruangan makanan yang luas memberi keselesaan kepada tetamu

Merupakan jenama di bawah Attana Hotels & Resorts Sdn Bhd, Villea Port Dickson sememangnya berkonsepkan kekeluargaan mahupun pasukan yang mahu melakukan aktiviti santai dan menganjurkan acara tanpa perlu berbelanja lebih.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Attana Hotels & Resort Sdn Bhd, Ron Hasni Yusoff, pihaknya memahami keperluan tetamu yang menginginkan ruangan khusus untuk melakukan aktiviti, kawasan yang fleksibel, tempat semula jadi untuk bersantai dan lokasi makan yang selesa.

"Kita menawarkan 101 bilik tetamu, lima bilik mesyuarat dengan 564 meter persegi persekitaran bilik terbesar dan satu Grand Ballroom menghadap ke laut.

Bilik berbalkoni membolehkan ibu bapa menonton anak-anak yang sedang mandi di kolam.

Bilik berbalkoni membolehkan ibu bapa melihat anak-anak yang sedang mandi di kolam.

"Bilik kami juga menawarkan gabungan satu bilik tidur dan teres tiga bilik tidur dengan kebanyakan bilik menghadap ke kolam renang atau hanya beberapa langkah dari balkoni,” tambahnya.

Teres tiga bilik tidur terletak hanya beberapa langkah dari kolam di mana kanak-kanak boleh menikmati masa mereka di Kolam Kanak-Kanak sambil dilihat ibu bapa melalui balkoni.

"Ruangan makan pula menyediakan Bufet Sarapan Tempatan dan Barat manakala 'Splash' menawarkan pelbagai makanan serta minuman di tepi kolam.

Ruangan Kids Club pastinya menjanjikan keseronokan kepada kanak-kanak.

Ruangan Kids Club pastinya menjanjikan keseronokan kepada kanak-kanak.

"Selain itu, terdapat juga ruangan Kids Club yang menyediakan pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak di samping gimnasium untuk tetamu yang gemar mengamalkan gaya hidup sihat dan bilik karaoke untuk mereka yang suka menyanyi.

"Tidak lupa juga ruangan 'BBQ Pit' tepi Laut dengan pilihan pelbagai makanan laut dan daging," tambahnya.

Terdahulu, Ron Hasni memaklumkan, Villea Port Dickson telah mengalami pengubahsuaian besar sempena penjenamaan semula yang bermula 2020.

Reka bentuk baharu yang segar dan bergaya, konsep inklusif yang dipertingkatkan, kemudahan yang diperluaskan, dan kakitangan yang berpengalaman menjamin perkhidmatan berkualiti tinggi seterusnya memberi percutian yang menyenangkan kepada semua tetamu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain