suria

Sydney dibanjiri 80,000 pelari! AirAsia X bersama City2Surf gegarkan ‘fun run’ terbesar di dunia

Ribuan peserta menyertai acara City2surf di Sydney baru-baru ini.

BUAT pertama kali AirAsia X berkerjasama dengan City2Surf untuk acara The World's Largest Fun Run bertempat di Sydney Australia, baru-baru ini.

Larian sepanjang 14 kilometer itu bermula dari Hyde Park dan berakhir di Pantai Bondi yang turut menyajikan keindahan Sydney.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail, City2Surf adalah acara larian yang terbesar di dunia dan pihaknya sangat berbesar hati apabila menjadi sebahagian daripada acara itu.

TL1_5213

Benyamin bersama pemenang City2Surf.

Katanya, AirAsia X bukan sahaja membawa peserta dari Malaysia sebaliknya dari seluruh Asia bagi menyertai acara City2Surf yang berlangsung pada 12 Ogos lalu.

“Kami bangga menjadi sebahagian daripada larian riang terbesar di dunia yang melibatkan 80,000 peserta dari serata dunia.

"Kami juga gembira dapat memainkan peranan penting dengan menyediakan penerbangan yang selesa dan jimat untuk lebih banyak peserta antarabangsa menghadiri acara tahunan ini.

"Kami mengucapkan tahniah kepada semua pemenang daripada kalangan pelari elit hingga kepada semua peserta yang menyertai larian.

ARTIKEL BERKAITAN: Rebut tiket penerbangan ke Australia, Korea Selatan dan menangi 50,000 AirAsia point dalam Cabutan Bertuah mStar TikTok 1 juta!

ARTIKEL BERKAITAN: Pramugara dapat ‘arahan’ luar skop kerja! Nyanyi dalam flight dinaiki Michael Bolton, David Foster - “Otak saya jadi jam”

"Kami ingin memastikan semua individu berpeluang untuk bercuti ke luar negara dengan tambang istimewa ke Australia dan New Zealand bermula hari ini dengan tawaran yang hebat melintasi Laut Tasman dan dari Australia ke Kuala Lumpur," katanya.

Kata Benyamin, pihaknya juga merancang untuk melibatkan diri dalam larian maraton di Auckland yang bakal berlangsung Oktober depan.

Pada acara itu, AirAsia X juga menyediakan pelbagai hiburan dan persembahan serta roda hadiah untuk 80,000 orang peserta bertuah bagi memenangi hadiah.

TL1_5091

Peserta City2Surf yang berjaya mendapat hadiah semasa pusingan roda.

Ia termasuklah barang eksklusif daripada AirAsia dan berpeluang memenangi dua penerbangan pergi balik untuk dua orang dari Sydney ke Kuala Lumpur atau Auckland, New Zealand.

Sementara itu, Rajiv Kumar dari Ashfield Sydney yang juga pelari City2Surf adalah salah seorang pemenang bertuah untuk pertandingan roda hadiah menyifatkan hadiah dari AirAsia X sangat bermakna apabila dia berpeluang melawat rakan-rakan dan keluarga di Kuala Lumpur.

“Saya merancang untuk kembali ke Delhi, India untuk melawat keluarga saya dan apabila saya melihat booth AirAsia X, jadi saya mencuba nasib dan tak sangka pula saya menjadi pemenang.

TL1_5279

Antara persembahan yang dilakukan krew AirAsia X.

"Sekarang saya boleh mempercepatkan rancangan untuk membawa isteri melawat rakan-rakan dan keluarga terus ke Kuala Lumpur dan seterusnya ke Delhi, India tidak lama lagi," ujarnya.

Manakala Brian Whelehan dari Ireland dan kini tinggal di Sydney juga terharu dengan kemenangannya di roda hadiah sekali gus merancang untuk percutian bersama teman wanitanya.

“Sejujurnya, saya belum pernah memenangi apa-apa, malah tidak pernah menang tiket loteri jadi ini lebih daripada yang luar biasa.

"Saya tak sabar untuk melawat Auckland untuk kali pertama bersama pasangan saya, Terima kasih AirAsia X!”luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain