suria

Rebut tempat duduk percuma untuk perjalanan 2024 hingga 2025, AirAsia beri 5 tip sebelum buat tempahan

AirAsia menawarkan promosi tempat duduk percuma untuk perjalanan tahun 2024 hingga 2025. -Gambar hiasan

MELANCONG bersama ahli keluarga, saudara mara atau sahabat handai memerlukan perancangan rapi bagi memastikan percutian berjalan lancar.

Bayangkan anda menaiki pesawat bersama insan tersayang dan akhirnya menjejakkan kaki ke destinasi menarik luar negara seperti Bangkok, Jakarta, Seoul, Maldives, Gold Coast, Lombok atau Yogyakarta... memang seronok!

Bagi percutian domestik pula, memilih untuk menaiki kapal terbang adalah idea yang baik kerana anda tidak perlu memandu dalam jarak jauh sekali gus dapat menjimatkan masa serta tenaga.

Namun, bagi sesetengah individu, kekangan bajet mungkin menjadi halangan untuk mereka 'terbang' sehingga akhirnya impian untuk melancong terpaksa dilupakan.

Taman Ayun Temple di Bali, Indonesia. -Gambar hiasan

Tapi jangan risau kerana AirAsia kini menawarkan peluang keemasan untuk anda menempah tiket penerbangan tanpa perlu berbelanja besar melalui tawaran TEMPAT DUDUK PERCUMA* AirAsia.

Tawaran ini memang menarik , tapi ramai yang sering terlepas peluang ini hanya kerana kurang arif dalam membuat tempahan.

Sebelum menempah tiket penerbangan, sebenarnya anda harus mengambil maklum beberapa perkara agar boleh menikmati tawaran luar biasa AirAsia ini.

Tawaran TEMPAT DUDUK PERCUMA* oleh AirAsia.

1. Sentiasa peka

Tetapkan penggera, notifikasi kalendar, atau ajak rakan perjalanan anda untuk siap sedia menempah tawaran TEMPAT DUDUK PERCUMA* ini sebaik sahaja ia bermula pada jam 10 pagi 18 Ogos 2023 hingga 27 Ogos 2023.

2. Semak tarikh

Rancang lebih awal dan pastikan tarikh perjalanan anda fleksibel untuk meningkatkan peluang menempah tempat duduk percuma ini.

Jika anda mempunyai beberapa tarikh pilihan, ia juga akan membantu anda membuat tempahan dengan lebih mudah.

Promosi ini sah untuk perjalanan antara 19 Februari 2024 dan 15 Disember 2024 (kod penerbangan D7, XJ) dan sehingga 19 Januari 2025 (untuk kod penerbangan: AK, FD, Z2, QZ).

Pantai di Pulau Phu Quoc, Vietnam. -Gambar hiasan

3. Sedia meneroka

Walaupun anda tertarik untuk menempah destinasi popular, cuba juga terokai destinasi unik seperti Medan, Kunming, Cebu, Nha Trang dan lain-lain.

Destinasi-destinasi ini mungkin akan menjadi tempat percutian baharu kegemaran anda.

Maklumat lanjut mengenai TEMPAT DUDUK PERCUMA* AirAsia.

4. Susun strategi

Jangan risau jika ingin membawa lebih barangan, kerana anda akan mendapat lebih penjimatan dengan diskaun sehingga 50 peratus untuk bagasi berdaftar 30 kilogram apabila membuat pra-tempahan bagasi semasa membuat tempahan penerbangan untuk memaksimumkan penjimatan.

5. Satu aplikasi

Muat turun airasia Superapp daripada Apple App Store, Gedung Google Play atau Huawei AppGallery hari ini untuk pengalaman perjalanan yang lancar dan dipertingkatkan, termasuk berhubung dengan pengembara berpengalaman melalui airasia Chat untuk mendapatkan tip perjalanan yang lebih jimat.

Sebagai makluman, tawaran TEMPAT DUDUK PERCUMA ini tidak termasuk cukai lapangan terbang,fi MAVCOM, surcaj bahan api dan bayaran lain yang berkenaan.

Tambang termasuk semua sehala ke destinasi domestik bermula dari RM25 termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan bayaran lain yang berkenaan.

Tambang ke destinasi Asean dan seterusnya sehala bermula dari RM74 termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan bayaran lain yang berkenaan. Tertakluk kepada terma dan syarat lain.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain