suria

Rebut tiket penerbangan ke Australia, Korea Selatan dan menangi 50,000 AirAsia point dalam Cabutan Bertuah mStar TikTok 1 juta!

Sesiapa sahaja boleh menyertai Cabutan Bertuah mStar TikTok 1 juta dan berpeluang menang hadiah menarik.

BERITA baik untuk semua pembaca dan pengikut setia mStar.

Kami akan menganjurkan Cabutan Bertuah mStar TikTok 1 juta dan anda berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah hebat iaitu tiket penerbangan AirAsia pergi dan balik ke Gold Coast, Australia.

Memang seronok, boleh pergi tengok kangaroo!

Bukan itu sahaja, anda juga mungkin menjadi salah seorang yang bertuah dan bakal terbang ke Busan, Korea Selatan.

Boleh ada 'feeling' macam dalam filem Train to Busan, cuma tak ada 'zombie' je!

Selain itu, anda mungkin mendapat ganjaran 50,000 AirAsia Points yang tersedia untuk ditebus melalui Superapp yang membolehkan anda membeli tiket penerbangan ke mana-mana destinasi, membeli belah, menempah hotel dan pelbagai tawaran lain.

Jadi, macam mana nak sertai? Caranya cukup ringkas dan mudah, tak payah pening kepala.

Langkah 1: Daftar penyertaan Cabutan Bertuah mStar TikTok 1 juta di SINI

Langkah 2: Kongsi dan follow TikTok @mStarmalaysia agar ia mencapai 1 juta pengikut.

Langkah 3: Nantikan hari cabutan bertuah diadakan. Tarikh dan masa akan diumumkan pada masa terdekat.

TikTok mStar

Tunggu apa lagi, ayuh ajak kawan-kawan, keluarga dan saudara-mara untuk follow akaun TikTok mStar... Lagi cepat capai 1 juta followers, lagi cepat anda semua dapat hadiah!

***Setiap peserta tertakluk kepada terma dan syarat seperti berikut:

Terma dan Syarat:

Setiap peserta tertakluk kepada Terma dan Syarat.

1. Peraduan ini terbuka kepada semua penduduk Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.

Pekerja dan ahli keluarga terdekat Star Media Group Bhd serta rakan sekutu tidak layak untuk mengambil bahagian.

Hadiah tidak boleh dipindah milik, tidak boleh ditukar dan tidak boleh ditebus dengan wang tunai.

Pemenang akan diumumkan menerusi platform media sosial mStar.

Keputusan hakim adalah muktamad dan tiada rayuan atau pertikaian akan dilayan.

Pemenang akan dihubungi melalui mesej langsung di akaun media sosial mereka untuk butiran penebusan hadiah.

Kegagalan untuk memberi respons dalam tempoh yang ditetapkan boleh menyebabkan kehilangan kelayakan dan pemenang lain akan dipilih.

Dengan menyertai peraduan ini, peserta memberikan hak kepada mStar untuk menggunakan penyerahan mereka bagi tujuan promosi.

Maklumat peribadi peserta yang dikumpul semasa peraduan akan digunakan semata-mata untuk tujuan peraduan dan tidak akan dikongsi dengan pihak ketiga tanpa kebenaran.

Penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang isu teknikal, kehilangan atau kelewatan penyerahan, risiko, kemalangan atau sebarang masalah lain yang mungkin berlaku sepanjang peraduan dan percutian.

Peraduan ini tertakluk kepada semua undang-undang dan peraturan yang terpakai di Malaysia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain