suria

Pasport, geran dan insurans penting kalau nak bawa kereta ke Thailand! Tapi jangan terlepas pandang beberapa perkara ini

Perjalanan masuk ke Thailand menggunakan kereta perlu melalui prosedur tertentu. -Gambar hiasan

THAILAND merupakan antara destinasi pelancongan popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Orang ramai mempunyai pilihan untuk masuk ke Thailand dengan memandu kereta melalui pintu sempadan negara seperti di Padang Besar, Perlis dan juga di Kelantan.

Namun begitu, jangan terlalu seronok nak bercuti! Sebelum memasuki Thailand ada beberapa prosedur yang perlu dilakukan untuk memudahkan perjalanan.

Melalui satu perkongsian di Facebook, Ammar Naufal menyenaraikan beberapa dokumen penting yang perlu ada bersama anda jika hendak melancong ke Thailand menggunakan kereta.

Jom semak satu persatu.

Pintu sempadan negara. -Gambar hiasan

1. Pasport

Pastikan masih sah dan tiada sekatan ke atas pasport.

Ketika hendak memasuki Thailand, isi borang ketibaan dan cop pasport di sempadan. Di sana, ada individu boleh tolong isikan tetapi kena bayar RM2.

2. Geran kenderaan

Bawa geran kenderaan yang asal (original).

Kalau tak ada yang asal, sila ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan minta salinan.

Bayaran RM50 akan dikenakan untuk dapatkan salinan daripada JPJ.

Peringatan penting, jangan laminate geran, ada kemungkinan tak diterima.

Geran kenderaan. -Gambar hiasan

3. Insurans kenderaan

Boleh dibeli di pintu sempadan atau di kaunter semasa nak isi borang simplified customs declaration form.

Kalau nak masuk sekejap, beli untuk seminggu, harga dalam RM20. Ada juga dijual untuk setahun dan enam bulan.

Apabila dah selesai dan siap cop pasport, terus ke kaunter khas untuk kemasukan kereta.

Serahkan pasport, geran kenderaan dan insurans kereta (Thailand).

Kemudian mereka akan keluarkan simplified customs declaration form.

Borang 'simplified customs declaration'. -Gambar hiasan

Lepas dah dapat borang dari pihak sana, keluar pergi minta cop daripada pegawai mereka di luar.

Pegawai berkenaan akan cop dan kita tandatangan sebagai perjanjian.

Jangan lupa bagi semula borang simplified customs declaration form kepada pegawai bertugas ketika pasport dicop untuk keluar.

Jika tidak, nanti susah anda nak bawa kenderaan masuk semula ke Thaildand pada masa-masa akan datang. - Ammar Naufal

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain