suria

Jangan terus rebahkan diri atas tilam, buat 3 perkara ini dulu ketika check-in bilik hotel elak digigit pepijat

Pepijat banyak ditemui di tilam, cadar ataupun perabot. -Gambar The Star

SERONOKNYA tatkala kaki melangkah masuk ke bilik hotel... tidak sabar rasanya mahu merebahkan diri di atas tilam yang empuk!

Seperti mahu berselubung di dalam selimut dan menikmati percutian sepuas-puasnya sebagai 'reward' untuk diri sendiri.

Ops, nanti dulu! Jangan terlalu teruja nak berbaring atau bersantai-santai di atas katil.

ARTIKEL BERKAITAN: Impian bakal jadi realiti! Sebenarnya boleh bercuti ke Dubai dengan harga mampu bayar, ikut 3 tip ini

ARTIKEL BERKAITAN: Perhatian wanita! Ikuti 5 tip ini jika travel solo... jadikan perjalanan selamat, menyeronokkan

Ini kerana dibimbangi bilik hotel anda turut 'dihuni' oleh makhluk lain, iaitu pepijat (bedbugs) yang biasanya banyak ditemui di tilam, cadar dan selimut.

Pepijat bergantung hidup dengan menghisap darah manusia atau haiwan.

Gigitan makhluk ini akan membuatkan kulit anda gatal dan merah, dan boleh bertukar serius menjadi radang yang boleh menyebabkan pendarahan serta jangkitan.

gigitan

Kesan gigitan pepijat akan meninggalkan kesan kemerah-merahan dan rasa gatal. -Gambar The Star

Oleh itu, amalkan tip ini setiap kali anda mendaftar masuk ke bilik hotel:

1) Periksa tilam

Ambil sedikit masa untuk memeriksa tilam dengan cara mengangkatnya dan memastikan sekiranya ia bersembunyi di bawah atau di dalam jahitan.

Periksa juga sarung bantal, takut pepijat ada bersembunyi di dalamnya. Mudah saja mahu mengenali pepijat. Ia berwarna merah karat ataupun coklat gelap dan agak halus.

2) Periksa katil

Katil juga merupakan salah satu tempat persembunyian pepijat. Cuba perhatikan di sekeliling katil termasuk celahan katil untuk memastikan tiada makhluk ini.

3) Periksa bilik

Periksa juga perabot terutama yang berada berdekatan dengan tilam dan katil seperti meja sisi, sofa, kabinet dan sebagainya.

Selepas selesai melakukan tiga langkah berkenaan, barulah anda boleh berbaring atau membuka beg pakaian dengan perasaan yang lega.

Namun sekiranya anda terjumpa pepijat, sila maklumkan kepada pihak pengurusan hotel untuk urusan pertukaran bilik.

Nampak seperti agak remeh dan meletihkan, lebih-lebih lagi pastinya bilik sudah dibersihkan oleh pekerja housekeeping.

Namun tidak rugi jika kita sendiri mengambil langkah untuk lebih berjaga-jaga.

Barulah seronok menikmati percutian yang sekian lama dinanti-nantikan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain