suria

Banyak festival di Turkiye sampai hujung tahun! Cappadocia lebih meriah dengan aneka bentuk belon udara panas

Festival Belon dan Laluan Budaya Cappadocia memukau pelancong dengan keindahan reka bentuk belon udara panas.

SEBUT sahaja Cappadocia, pasti terbayangkan keindahan belon udara panas berwarna-warni yang melatari langit.

Cappadocia, sebuah wilayah di Turkiye, sememangnya terkenal dengan belon udara panas dan menjadi destinasi pelancongan terkemuka buat pelawat domestik dan asing.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak makan 16 jam pun okey! Tiba-tiba rindu Ramadan di Turkiye... Ini alasan anda patut cuba puasa di luar negara, sekali seumur hidup

Ketika ini, para pelancong yang berkunjung ke wilayah tersebut dapat menikmati pemandangan menakjubkan di mana pertunjukan belon udara panas dalam pelbagai bentuk yang menyeronokkan sedang berlangsung.

Menariknya, sebanyak 22 reka bentuk belon udara panas dari pelbagai negara seperti United Kingdom, Switzerland, Amerika Syarikat, Jerman, Perancis, Belgium, Sepanyol, Portugal, Slovenia, Macedonia, Luxembourg dan Turkiye dipertontonkan.

belon 1

Langit Cappadocia dilatari dengan keindahan belon udara panas sempena Festival Belon dan Laluan Budaya Cappadocia.

Pelancong tempatan dan asing pasti terpukau dengan pertunjukan belon udara panas yang aneka corak dan rekaan istimewa sentuhan artis yang dipamerkan dalam pelbagai bentuk seperti ais krim, itik, obelix, octopus, kapal angkasa dan bendera Turkiye.

Pertunjukan tersebut adalah sebahagian daripada Festival Belon dan Laluan Budaya Cappadocia, sebuah acara antarabangsa anjuran Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Turkiye.

belon 2

Sentuhan artis diterjemahkan dalam aneka reka bentuk belon udara panas seperti ais krim, itik, obelix, octopus, kapal angkasa dan bendera Turkiye.

Penganjuran Festival Laluan Kebudayaan Turki,ini menjadi salah satu daripada projek kebudayaan dan kesenian yang paling komprehensif di dunia, diadakan di 11 wilayah pada tahun ini.

Sudah bermula pada 5 Ogos lalu, festival ini diadakan di wilayah Nevsehir, Trabzon, Erzurum, Canakkale, Gaziantep, Ankara, Konya, Istanbul, Diyarbakır, Izmir dan Antalya.

Festival Laluan Kebudayaan Antalya yang berlangsung pada 4 hingga 12 November akan menjadi penutup kepada acara antarabangsa berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain