suria

Selami perasaan remaja terperangkap selama 17 hari, Gua Tham Luang di Thailand kini jadi destinasi pelancongan

Pengunjung boleh meninjau lokasi pasukan bola sepak remaja Thailand yang terperangkap selama 17 hari. -Gambar DPA

SEBUT sahaja Gua Tham Luang di Thailand, kisah mengenai pasukan bola sepak remaja yang terperangkap di dalam gua selama 17 hari pasti berlegar di fikiran.

Insiden yang mendapat perhatian masyarakat dunia pada lima tahun lalu itu membuatkan ramai yang ingin mengetahui ‘suasana’ di dalamnya.

Mengetahui perkara tersebut, negara gajah putih menjadikannya sebagai salah satu lokasi pelancongan.

Bermula 15 Disember lalu, lawatan berpandu ke kawasan yang dikenali sebagai Chamber 3 dalam sistem gua utara Thailand dilaksanakan.

Terletak sekitar dua kilometer dari pintu masuk, pusat berkenaan berfungsi sebagai pangkalan operasi untuk operasi menyelamat oleh pasukan penyelam khas pada 2018.

Gua Tham Luang menjadi terkenal disebabkan insiden berkenaan. -Gambar Wikipedia

Gua Tham Luang menjadi terkenal disebabkan insiden berkenaan. -Gambar Wikipedia

Jurucakap taman negara Athapol Charoenchansa berkata, kumpulan 10 hingga 12 orang dibenarkan melawat dengan diiringi pemandu berlesen dan hanya lima kumpulan dibenarkan setiap hari.

“Pelawat perlu meneroka bukan sahaja salah satu kompleks gua yang paling terkenal di dunia, tetapi juga memahami kerja menyelamat yang sangat rumit ketika insiden pada 2018.

“Sejak kejadian itu, bahagian gua ini dikhaskan untuk saintis dan pakar sahaja.

Gua Tham Luang menjadi terkenal disebabkan insiden berkenaan. -Gambar Wikipedia

Gua Tham Luang menjadi terkenal disebabkan insiden berkenaan. -Gambar Wikipedia

“Pelancong pada masa ini hanya dibenarkan beberapa ratus meter ke dalam gua dan hanya apabila cuaca kering,” katanya.

Pada Jun 2018, 12 remaja daripada pasukan bola sepak Wild Boars dan jurulatih mereka gagal untuk kembali ke permukaan selepas hujan lebat tiba-tiba membanjiri gua.

Kumpulan itu dikhuatiri maut selepas tiada tanda-tanda kehidupan dikesan selama sembilan hari pertama pencarian.

Bagaimanapun, kumpulan itu ditemui penyelam gua empat kilometer dari pintu masuk.

Operasi penyelamatan itu kemudiannya mendapat bantuan pakar dari luar negara dan lebih 1,000 sukarelawan.

Kesemua mereka yang terperangkap akhirnya dikeluarkan dari gua satu persatu. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain