SEBUT sahaja Bali, pasti rata-rata dalam kalangan kita akan mengaitkannya sebagai salah satu destinasi 'healing'. Di Bali biasanya pelancong akan ke Kuta atau Seminyak. Dua lokasi ini menjadi tumpuan bagi mereka yang suka berbelanja untuk healing. ARTIKEL BERKAITAN: Mahu kelainan di Terengganu? Setiu ‘syurga’ pencinta alam semula jadi... Paragliding Bukit Bubus paling menakjubkan! ARTIKEL BERKAITAN: Cantik, berseni dan eksklusif! Ini 2 penginapan 'Instagramable' patut anda cuba di Langkawi Sekiranya membeli-belah bukanlah terapi anda, apa kata anda cuba menerokai pengalaman yang berbeza di Sanur dan Ubud. Jom penulis kongsikan pengalaman ketika berkunjung ke dua lokasi berkenaan, baru-baru ini! *Penginapan 1) 1o1 Bali Oasis, Sanur Salah satu kolam renang di 1o1 Bali Oasis Sanur, dan kawasan lobi dihiasi dengan dekorasi antik dan unik. Sekiranya anda merancang untuk ke Sanur, 1o1 Bali Oasis Sanur boleh dijadikan penginapan healing anda. Bilik dekorasi minimal ala Bali dengan dua buah kolam renang untuk anda pilih untuk bersantai. Dekorasi di lobi pula dihias dengan pelbagai replika menarik seperti kereta antik untuk sesi foto. 2) Villa Cella Bella, Ubud Di Epic Suite Villa Cella Bella, penginap boleh memilih untuk healing di tab mandi di luar villa di mana setiap villa dijamin privasi penginap. Suasana villa yang romantik, sesuai bergambar di setiap sudut untuk media sosial anda. Tiga buah kolam renang untuk dipilih. Ada kolam renang kaca, kolam renang inifniti dan kolam renang utama, yang mana ketiga-tiga kolam renang ini berhadapan dengan kehijauan rimba Ubud. Cukup mendamaikan! Kolam renang utama di Villa Cella Bella boleh ditempah untuk penginap bagi makan malam romantis. Villa pula dihias mewah dan setiap villa ditugaskan kakitangan khas untuk memastikan penginapan anda berjalan dengan lancar. *Lokasi untuk si foodie 1) Sanur Sekiranya anda menginap di 1o1 Bali Oasis Sanur, anda tidak perlu pergi ke kafe atau restoran di luar kerana di hotel sudah terdapat pelbagai menu tempatan dan juga antarabangsa. Terrace Sanur Restaurant dihias dengan payung yang berwarna warni. Pilihan makanan yang disediakan dari fusion barat dan juga makanan tempatan. Sambil menikmati pilihan juadah yang enak, penginap juga dihiburkan dengan irama gamelan oleh pemain gamelan Bali. Tapi sekiranya anda ingin meneroka makanan di Sanur, terdapat kedai makanan sihat di sepanjang jalan berdekatan dengan hotel tersebut. 2) Ubud Terdapat dua restoran yang perlu anda kunjungi jika anda berada di sini. Hidangan vegan yang wajib cuba di Wild Vegan iaitu sup labu dan pasta vegan. Bagi mereka yang ingin mencuba makanan vegan, jangan lupa ke Wild Vegan yang terletak di pusat Ubud. Pasta vegan dan sup labu adalah antara menu wajib cuba. Jika anda penggemar daging itik, jangan lupa ke Bebek Bengil yang juga terletak di tengah pusat pelancongan Ubud. Hidangan berasaskan itik di Bebek Bengil. Masakan yang berasaskan itik dicampur dengan ramuan rempah ratus asli Bali bagi memastikan keenakan cita rasa Bali kekal terpelihara kelazatannya. *Healing sambil nikmati persembahan kebudayaan Sekiranya anda penggemar lagu-lagu moden, di sepanjang Pantai Sanur terdapat restoran-restoran yang menyediakan live band mengikut cita rasa anda. Muzik yang disediakan terdiri daripada jazz hinggalah ke rock. Persembahan gamelan ketika sarapan pagi buffet di Terrace Sanur Restaurant. Bagi yang ingin menikmati persembahan tradisional Bali, Ubud adalah tempat yang sesuai untuk anda. Sekiranya anda ingin mencari kelainan selain tarian kecak di Uluwatu, anda boleh melihat persembahan tradisional legenda Ramayana dan Sinuman di sebuah kuil berhadapan dengan Art Market Ubud. Persembahan di Ubud Palace di mana tiket masuk berharga Rp100,000 (RM29.91). Persembahan bermula pada 7.30 malam dan berakhir sekitar 10.30 malam, dan tema persembahan bertukar mengikut hari. Pastinya di Bali terdapat pelbagai aktiviti untuk agenda jalan-jalan dan healing anda. Pastikan aktiviti ini tersenarai dalam agenda anda ke Bali nanti. Apa yang ditunggu lagi, jom healing di Bali! Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube