suria

Dua minggu di AS, wanita ini puas hati teroka LA, Portland dan San Francisco... Tip yang dikongsikan sesuai untuk ’newbie’

Fareen dan rakannya, Ainul di Hollywood Sign di Mount Lee Drive (gambar kiri), dan di Disneyland Park California (gambar kanan).

IBARAT bulan jatuh ke riba!

Itulah ungkapan peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan tuah wanita bernama Fareen Nabilla yang berpeluang menjejakkan ke Amerika Syarikat selepas memenangi baucar percutian ke negara tersebut.

"Jujurnya, sejak sekolah lagi memang pasang impian nak sampai ke US. Tahun 2023, kebetulan saya ada kawan yang bekerja di Portland dan rezeki saya menang contest dapat travel voucher," ujarnya kepada mStar.

Keterujaan Fareen dapat dilihat menerusi foto-foto yang dirakam sepanjang kunjungannya itu.

fareen 3

Bergambar di mercu tanda San Francisco iaitu Golden Gate Bridge.

fareen 8

Melihat lokasi penggambaran filem di Warner Bros Studio Tour Hollywood.

fareen 6

Salah satu lokasi penggambaran filem Twilight, iaitu di rumah Bella Swan di St. Helens, Oregon.

fareen 5

Salah satu lokasi penggambaran filem Twilight, di mana keluarga Cullens dan Bella bermain baseball di Multnomah Falls, Oregon.

fareen 9

Memburu bintang-bintang di Hollywood Walk of Fame.

fareen 4

Main salji pada bulan Mei di Mount Hood, Oregon bersama kawan-kawan, Ainul dan Seha.

fareen 7

Di kedai buku 'independent' terbesar di dunia, Powell's Bookstore.

fareen 2

Banyak anjing laut boleh dilihat yang berhijrah ke Fisherman’s Wharf.

Untuk pembaca mStar, Fareen turut berkongsi pelbagai info dan tip sepanjang lawatannya ke Amerika Syarikat, sebagai panduan buat anda yang ingin merancang percutian ke lokasi yang sama:

Destinasi: Amerika Syarikat (Los Angeles, Portland dan San Francisco)

Tempoh percutian: 14 hari (29 April 2023 sehingga 12 May 2023)

- Lima hari di Los Angeles

- Empat hari di Portland

- Empat hari di San Francisco

Bilangan: 2 orang

Persediaan sebelum berangkat

- Visa paling kurang 2 minggu dah boleh settle bermula daripada isi form, interview di emabassy sampailah collect passport.

- Saya sangat cadangkan untuk ambil travel insurance sebab di sana kos perubatan sangatlah mahal.

- Pastikan buat research sikit attractions di sana sebab imigresen akan tanya dan juga check weather di sana sebab kadang-kadang even dah nak dekat summer ada sesetengah tempat masih ada salji.

- Bawa sedikit makanan dari Malaysia untuk hari pertama dan hari kedua di sana, kemungkinan akan jetlag dan tak sempat cari makanan.

- Pakai kasut yang selesa.

Aktiviti yang dilakukan

- Sewa tour guide melawat kediaman artis Hollywood.

- Berkunjung ke Warner Bros Studios Hollywood - tengok real set Hollywood movies and series.

- Bermain salji di Mount Hood, Oregon.

- Bermain di Disneyland Park California - Disneyland pertama di dunia.

- Hiking untuk tengok Hollywood sign secara dekat.

Makanan atau restoran halal yang direkomen

- Kalau malas keluar hotel, boleh guna apps UberFood dan apps tersebut juga ada seksyen 'halal food'.

- Pada pendapat saya, lebih senang pilih accomodation yang ada kitchen ataupun at least ada microwave sebab lebih jimat masak sendiri dari makan di restoran. Groceries di supermarket US juga agak murah.

- Untuk restoran halal, saya cadangkan untuk cuba Dave's Hot Chicken (LA), Ploy Thai (Portland), Saturday Market ada muslim-owned bakery (Portland), SIRI Indian Cuisine (Portland), The Halal Guys (SF), dan Ziggy's Burger (SF).

Tip n tricks

- Kalau naik public transport, jangan pergi terlalu banyak attractions dalam masa sehari sebab dari satu attraction ke attraction lain agak jauh perjalanan.

- Setiap negeri di US ada kad train tersendiri, kalau LA guna 'Tap', Portland guna 'Hop Fastpass' dan SF guna 'Clipper'.

- Jangan berada di luar terlalu malam dan jika terpaksa balik hotel waktu malam better naik Uber sahaja.

- Saya sarankan janganlah pergi tempat terlalu rare, lebih baik tumpukan pada tempat tarikan pelancongan.

- Hati-hati dengan scammer yang pakai costume di tempat tarikan pelancongan terutama di TCL Chinese Theatre

Pengalaman paling manis

- Penduduk lokal suka bertegur sapa dan bertanya khabar terutamanya di LA dan Portland.

- Berkunjung ke lokasi real-life filming Friends, The Big Bang Theory, Victorious, Twilight dan The Princess Diaries.

- Melawat tempat tinggal artis Hollywood dan berjalan kaki di sekitar Hollywood Walk of Fame.

- Merasa salji pada bulan May.

- Sampai ke kedai buku 'independent' terbesar di dunia, Powell's Bookstore.

- Dapat tengok Hollywood Sign dan Golden Gate Bridge depan mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain